CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5540|Reply: 0

[Selangor] 4 balang air berniaga terpaksa buang lepas kena hujan

[Copy link]
Post time 27-3-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan air balang yang tidak dapat dijual setelah dilanda hujan lebat semalam.



PETALING JAYA – Dugaan bulan Ramadan buat seorang peniaga air balang apabila kesemua jualannya yang telah siap untuk dijual terpaksa dibuang semula disebabkan terkena hujan.

Menerusia perkongsian anaknya di media sosial yang menggunakan akaun @nrealya, dia meminta orang ramai untuk bersama-sama mendoakan kelancaran urusan perniagaan buat ibu bapanya apabila kejadian hujan lebat yang melanda mereka semalam telah menjadi satu pengajaran.

“Permudahkanlah urusan ibu dan ayah saya Ya Allah,” pohonnya.

Katanya lagi, meskipun semalam bapanya langsung tidak dapat berniaga dan modal yang telah dikeluarkan tiada sebarang pulangan, lelaki itu tetap kelihatan kuat.

“Tak apa, rezeki Allah itu luas,” kata bapanya.

Melihat kepada rakaman sekitar 17 saat itu, terdapat empat jenis air yang dijual di atas meja dan sebahagian balangnya telah terisi dengan air hujan.

Difahamkan, bapanya berniaga air balang sempena bulan puasa di tepi jalan sekitar Subang Flora, Shah Alam.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga tersebut menerusi ruangan komen.

“Tak apa adik, Allah nak beri yang lebih baik buat perniagaan keluarga kamu, semalam mungkin Allah suruh rehat dulu, esok-esok berniaga, Allah lipat kali ganda keuntungan berniaga, Insya-Allah,” kata Hairul.

“Semoga Allah SWT gantikan rezeki yang berganda atas asbab reda dan sabar semua insan yang dinamakan usahawan,” ujar Nini Abdullah.

“Sedih tengok orang berniaga kalau musim hujan-hujan ini, reda sahaja atas ketentuanNya,” luah Siti Rumi Othman.

Sementara itu, video yang dimuat naik tersebut telah meraih lebih 1.6 juta tontonan sejak semalam dan menjadi tular di media sosial selepas ramai turut berkongsi serta bersimpati dengan nasib peniaga terbabit. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... g-lepas-kena-hujan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059744 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list