CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5958|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Along' hina Islam, ugut peminjam

[Copy link]
Post time 27-3-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau along bukan saja semakin rakus mengaut keuntungan dengan memeras ugut mangsa, malah turut didakwa menghina agama Islam.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Zharif Johor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang peminjam yang mendakwa diugut dan diganggu along dari Johor Bahru.

"Minggu lalu, pihak kami menerima aduan daripada seorang peminjam yang tidak mampu membayar balik pinjaman along kerana kadar bunga melampau yang dikenakan.

"Disebabkan tidak mampu membayar balik hutang itu, peminjam mendakwa along bertindak mengugutnya, selain membuat salinan MyKad (peminjam) dengan menulis kata-kata yang menghina agama Islam, sebelum menyebarkannya di kawasan kediaman peminjam," katanya kepada BH, semalam.

Muhammad Zharif berkata, susulan kejadian itu pihaknya cuba menghubungi along berkenaan, bagaimanapun sindiket itu bertindak agresif dan bergaduh dengan aktivis PPIM.

"Along ini berada di Johor dan kita tidak dapat mengenal pasti siapa sebenarnya mereka kerana nombor telefon tidak didaftarkan di negara ini, sekali gus menjadikan siasatan siapa dalang di sebalik penghinaan (agama Islam) itu lebih sukar.

"Pihak kita masih mencari jalan penyelesaian dan berharap kerajaan serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memantau pendaftaran talian telefon mudah alih dengan lebih ketat, di samping memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahayanya jika mereka memberikan maklumat peribadi bagi digunakan untuk mendaftar talian telefon mudah alih," katanya.

Katanya, persatuan itu juga bimbang kes seperti keldai akaun, di mana pemilik tidak menyedari akaun bank milik mereka digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu dan kerja jenayah sehingga terpaksa meringkuk dalam penjara.

"Jika tidak dikawal dengan ketat dan diambil perhatian oleh KKD, kejadian seperti keldai akaun ini akan merebak kepada keldai akaun telefon pula.

"Ia sangat membimbangkan kerana ugutan boleh dibuat oleh sesiapa di mana-mana tanpa pendaftaran sah dan sukar untuk dikesan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... islam-ugut-peminjam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050638 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list