CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2474|Reply: 0

5 Tips Utama Untuk Dapatkan Jantung Yang Sihat, Amalkan…

[Copy link]
Post time 28-3-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode
5 Tips Utama Untuk Dapatkan Jantung Yang Sihat, Amalkan…



Masih tidak terlambat untuk anda ketahui tips menjaga jantung supaya kekal sihat dan risiko mendapat penyakit kronik lebih rendah kerana penyakit jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Jadi, sekiranya anda tidak tahu bagaimana mahu mendapatkan jantung sihat, artikel kali ini kami kongsikan 5 tips menjaga jantung yang perlu diamalkan.



TIPS MENJAGA JANTUNG INI KENA AMALKAN, BARU KEKAL SIHAT



1. KAWAL PEMAKANAN

Pastikan anda menjaga pemakanan kerana boleh menyebabkan pengambilan kalori berlebihan. Cara di bawah boleh membantu menjaga jantung:

Gunakan pinggan atau mangkuk kecil
Makan lebih banyak makanan rendah kalori
Kurangkan makanan fast food
Lemak berlebihan dalam badan boleh menyebabkan sakit jantung dan strok seumur hidup. Sentiasa amalkan untuk membaca label makanan sebelum membeli dan tidak melebihi kalori yang ditetapkan.

2. MAKAN LEBIH BANYAK SAYUR & BUAH

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber vitamin dan mineral yang baik. Untuk menjaga jantung sihat, amalkan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Pastikan sayur-sayuran dibasuh dan potong sebelum diletakkan di dalam peti sejuk. Pilih masakan yang mengandungi sayur dan buah sebagai bahan utama.

Antara buah-buahan dan sayur-sayuran bagus untuk dimakan:

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau beku
  • Sayuran dalam tin rendah natrium
  • Buah dalam tin dalam jus atau air


Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang perlu dielakkan:

  • Kelapa
  • Sayur-sayuran dengan sos berkrim
  • Sayuran bergoreng
  • Buah tin dalam air gula pekat
  • Buah beku ditambah gula


3. JAGA KEBERSIHAN GIGI

Amalkan kebersihan gigi yang baik dan flos gigi setiap hari. Penjagaan gigi yang rapi akan mengurangkan risiko penyakit jantung kerana berkait rapat dengan penyakit gusi.

Kajian mendapati bahawa bakteria dalam mulut yang terlibat dalam perkembangan penyakit gusi boleh bergerak ke dalam aliran darah dan menyebabkan peningkatan dalam protein C-reaktif yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.



4. TIDUR YANG CUKUP

Dapatkan tidur yang mencukupi kerana penting untuk menjaga kesihatan jantung. Jika waktu tidur tidak mencukupi, risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular lebih tinggi tanpa mengira umur.

Kajian mendapati 3,000 orang dewasa berumur lebih dari 45 tahun yang kurang tidur selama enam jam setiap malam lebih risiko mendapat strok atau serangan jantung berbanding orang yang tidur enam hingga lapan jam setiap malam.

Jadikan tidur sebagai keutamaan. Dapatkan 7 hingga 8 jam tidur setiap malam. Jika anda mengalami masalah susah tidur, dapatkan rawatan kerana keadaan ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan aritmia.

5. LAKUKAN LEBIH BANYAK PERGERAKAN

Kajian mendapati bahawa duduk untuk jangka masa yang lama tidak baik untuk kesihatan walaupun anda kerap melakukan senaman. Duduk untuk jangka masa yang lama boleh meningkatkan risiko trombosis iaitu darah beku bahagian urat.

Pakar mengesyorkan agar bergerak setiap hari. Antara jalan alternatif adalah parkir kereta lebih jauh dari pejabat dan berjalan kaki. Jangan lupa untuk lakukan senaman setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit.

Lima cara di atas boleh membantu untuk mendapatkan jantung yang sihat. Jangan lupa amalkan ya!

Sumber: Mayo Clinic & Cleveland Clinic
https://siraplimau.com/5-tips-menjaga-jantung/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.123318 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list