CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4617|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jangan bersubahat jual makanan kepada 'geng plastik hitam' - Jawi

[Copy link]
Post time 28-3-2023 03:58 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi peringatan kepada peniaga makanan supaya tidak bersubahat menjual makanan kepada 'geng plastik hitam' sepanjang Ramadan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, operasi pemantauan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan di samping kempen advokasi bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Menurutnya, mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) atas kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan.

"Bahagian Penguatkuasaan JAWI melaksanakan aktiviti pemantauan dan rondaan sepanjang bulan Ramadan di beberapa buah premis menjual makanan sekitar.

"JAWI ingin mengingatkan kepada golongan peniaga beragama Islam yang bersubahat untuk menjual makanan kepada orang-orang Islam yang tidak berpuasa mereka boleh dikenakan tindakan yang sama di bawah Seksyen 15 (Akta 559)," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi hari ini.

Mohd Ajib berkata, individu yang didapati bersalah boleh dihukum penjara mencecah enam bulan, denda sehingga RM1,000 atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro semasa waktu makan tengah hari di beberapa premis makanan sekitar ibu negara mendapati kebanyakannya lengang.

Menurut seorang pengusaha restoran di Bangsar, di sini yang mahu dikenali sebagai Azhar, pihaknya tidak membenarkan individu beragama Islam untuk makan di dalam premis sebelum waktu berbuka.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak menghalang mana-mana pihak untuk membeli makanan secara bungkus dan pesanan secara dalam talian masih berjalan seperti biasa.

"Kalau pelanggan beragama Islam memang kami tak benarkan. Kami pun tak mahu ada masalah dengan pihak berkuasa.

"Biasanya untuk berbuka mereka buat tempahan meja dan dalam 5 petang baru kami buka kepada orang ramai," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -plastik-hitam-jawi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042744 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list