CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2743|Reply: 0

[Terengganu] Pemandu kereta langgar lari warga emas serah diri

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

KERETA Perodua Myvi yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari seorang warga emas di Kampung Rhu Muda, Marang, pada Ahad lalu.


MARANG: Pemandu kereta Perodua Myvi yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan kes kejadian langgar lari seorang warga emas di Kampung Rhu Muda, di sini, Ahad lalu tampil menyerah diri, semalam

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata,  lelaki berusia 42 tahun dari Bukit Payung dekat sini, menyerah diri ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini pada pukul 2.56 petang semalam.

Katanya, siasatan mendapati lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu jentera mempunyai lesen memandu yang sah.

“Lelaki terbabit yang dipercayai memandu Perodua Myvi ketika kejadian telah serah diri kepada polis dan membuat laporan mengenai kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, polis telah merampas  kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langar lari itu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat  mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Dalam kejadian pada pukul 8.50 malam, mangsa, Esah Awang, 72, yang dilanggar lari sebuah kereta ketika melintas jalan untuk menunaikan solat di masjid  meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. – UTUSAN

https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5159123&extra=

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.418638 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list