CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3648|Reply: 0

[Johor] Roti john dijual RM8, RM10 sejak 24 tahun

[Copy link]
Post time 29-3-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode

ARSHATA menunjukkan roti john yang dijual di bazar Ramadan Pekan Nanas, Pontian semalam.



PONTIAN – Biarpun berlaku kenaikan harga bahan mentah terutama telur ayam, namun seorang peniaga Roti John Thorbaik Harimau Selatan masih mengekalkan harga jualan sejak 24 tahun lalu.

‘Papa John’ dijualnya de­ngan harga RM10 sebungkus dan ‘Mama John’ pula berharga RM8.

Arshata Ali, 53, berkata, dia mempertaruhkan dua nama iaitu ‘Papa John’ dan ‘Mama John’ bagi memudahkan pelanggan membelinya berdasarkan kepada saiz serta harganya.

“Di luar bulan Ramadan, saya bersama isteri, Amnah Shaari, 50, berniaga di Pasar Malam di Bandar Pontian pada hari Jumaat dan Isnin serta pasar-pasar malam yang lain.

“Sejak lima hari puasa ini, sambutan daripada pelanggan sungguh menggalakan dengan orang ramai ada yang membe­linya sehingga 10 bungkus roti john seorang,” katanya di tapak bazar Ramadan Pekan Nanas di sini semalam.

Selain di bazar Ramadan Pekan Nanas berhampiran Masjid Jamek Pekan Nanas, satu lagi gerai yang sama diuruskan oleh anaknya di tapak bazar Ramadan di Stadium Mini, Pontian.

Menurutnya, setiap hari dia menggunakan 15 papan telur ayam serta 10 beg roti untuk menyediakan juadah berbuka puasa itu dan kos bahan mentah adalah tinggi.

“Namun saya masih kekalkan harga jualan kerana tidak mahu pembeli terbeban, lagipun saya masih ada sedikit untung dengan jual harga seperti ini,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... m10-sejak-24-tahun/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062549 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list