CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3682|Reply: 0

[Melaka] Banduan bunuh rakan sel kerana roti didakwa

[Copy link]
Post time 29-3-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH diiringi anggota penjara selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD


MELAKA – Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang banduan warga Indonesia, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Fahrur Radzi Chahat, 34, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki warga Indonesia, Paidi Binat Moksukar.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.15 petang di Bilik No 48, Tingkat 1, Zon A, Blok Cekal Kompleks Penjara Sungai Udang dalam daerah Melaka Tengah pada 17 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha, manakala tertuduh tidak diwakil peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 29 Mei depan sebagai sebutan semula kes dan serahan laporan bedah siasat.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang banduan di Penjara Sungai Udang di sini bertindak memukul rakan selnya yang merupakan warga Indonesia berusia 47 sehingga mati gara-gara mengesyaki mangsa mengambil bahagian rotinya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... erana-roti-didakwa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.391847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list