View: 3342|Reply: 0
|
[Terengganu]
Air janda, air duda dalam balang tarik perhatian pengunjung bazar Ramadan
[Copy link]
|
|
Peniaga air janda, Siti Nor Khadijah Mohamad (kiri) serta pekerjanya, Wan Nor Adriyana Shazlin Wan Hussin, cekap menguruskan pesanan pelanggan di gerai mereka di bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja, di sini.
BESUT: Deretan beberapa balang air janda serta air duda mengandungi pelbagai perisa minuman menarik perhatian orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja di sini.
Pelbagai aksi serta gelagat mencuit hati pelanggan yang mahu memesan air janda atau duda disakat pasangan masing-masing hingga mencetuskan suasana ceria di bazar Ramadan itu.
Peniaga air janda, Siti Nor Khadijah Mohamad, 37, idea untuk melabelkan pelbagai perisa air minuman yang dihasilkannya itu dengan nama janda dan duda timbul secara spontan sejak enam tahun lalu walaupun dia berstatus seorang isteri.
"Pada mulanya saya ingin mencari sedikit kelainan dengan berbuat demikian berbanding sekadar meletakkan nama air mengikut perisa sebenar.
"Namun lama-kelamaan menjadi tarikan kepada pelanggan untuk merasai sendiri air ini seterusnya ada antara mereka mula menjadi pelanggan tetap," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Kota Putera, Kampung Raja, di sini.
Khadijah berkata, dia menjual air balang itu pada bulan Ramadan sahaja untuk menambah pendapatan sampingan serta persiapan menjelang Syawal.
"Pada bulan lain, saya bertugas menguruskan kantin sebuah sekolah serta mengendalikan sebuah kedai makan di Jeti Kuala Besut.
"Saya juga turut mengambil tempahan membuat air balang ini untuk pelbagai jenis majlis jamuan termasuk majlis perkahwinan," katanya.
Ibu kepada dua orang anak ini berkata, setiap hari sepanjang bulan Ramadan dia akan menghasilkan antara sembilan hingga 10 balang air untuk dijual di bazar itu.
"Air yang dijual antaranya air janda manis (asam boi), janda saya (teh susu), duda saya (strawberi susu), duda awak ( kopi susu).
"Selain itu turut dijual air 'I Miss U' ( blue lemon), I Love U' (mix green) Bunga cinta (koktail), madu awak (milo susu) serta abang sayang (aroikah).
"Harga bagi setiap satu gelas berharga RM3 manakala bagi setiap plastik besar RM5 sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga," katanya.
Sementara itu, pekerjanya, Wan Nor Adriyana Shazlin Wan Hussin, 19 berkata, walaupun baru beberapa hari bekerja di bazar itu namun dia terhibur dengan telatah serta ragam pelbagai pelanggan yang datang.
"Selain mencari duit poket sendiri untuk menyambut Aidilfitri, saya juga dapat menimba pengalaman berniaga serta memberi layanan baik kepada setiap pelanggan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-pengunjung-bazar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|