CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2564|Reply: 0

[Terengganu] Nasi Tenong tarikan baharu Payang Water Taxi

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Berkonsepkan 'Nasi Tenong' atau mangkuk bertingkat, anak syarikat negeri Terengganu, Cas Ligas Sdn Bhd (CLSB) mengambil inisiatif memperkenalkan pakej berbuka puasa di atas bot Payang Water Taxi sambil menelusuri Sungai Terengganu.

Pengerusinya, Zakaria Dagang berkata, pakej itu diadakan khas sempena bulan Ramadan untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai kelainan berbuka puasa.

Katanya, ia mampu memberi pengalaman unik kepada pengunjung kerana juadah dihidangkan secara tradisional itu (mangkuk tingkat) adalah sinonim dengan masyarakat Melayu lama .

"Kami mahu menyemarakkan kembali penggunaan tenong yang menjadi tradisi orang dulu-dulu.

"Pakej ini akan menjadi tarikan baharu bagi pengunjung Payang Water Taxi," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan Pakej Nasi Tenong, di sini, malam tadi.

Zakaria berkata, pakej yang mengandungi hidangan istimewa seperti ikan baung masak tempoyak dan nasi Arab itu boleh dinikmati pada harga serendah RM35 seorang.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya mengehadkan perkhidmatan itu kepada 32 orang sehari dan mereka yang berminat boleh membuat tempahan dengan pihak pengurusan CLSB terlebih dahulu.

"Harga ini boleh dikatakan rendah kerana ia disertakan dengan pakej menelusuri Sungai Terengganu yang berlatar belakang jambatan angkat dan beberapa mercu tanda lain.

"Setakat ini kita hanya ada satu bot yang lengkap dengan kemudahan untuk makan seperti meja, tetapi kita akan tambah lagi pada masa hadapan," katanya.


CLSB memperkenalkan pakej berbuka puasa 'Nasi Tenong' di atas bot Payang Taxi Water sambil menyelusuri Sungai Terengganu. FOTO ZAID SALIM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.036817 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list