CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2591|Reply: 0

[Selangor] Pengawal keselamatan ditahan, samun rantai emas pemandu peribadi

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode

MOTOSIKAL digunakan suspek ketika menyamun rantai emas di Jalan Tasek Tambahan, Ampang Jaya, semalam. FOTO Ihsan Polis.

Ampang Jaya: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang menyamun rantai emas dianggarkan bernilai RM3,000 milik seorang pemandu peribadi di dalam sebuah kereta di Jalan Tasek Tambahan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian jam 12.40 tengah malam, mangsa lelaki berusia 54 tahun itu memandu kereta BMW sebelum kenderaannya dihimpit sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang seorang lelaki.

"Suspek bertindak menumbuk cermin sebelah pemandu menyebabkan mangsa menurunkan cermin kereta kerana khuatir dipecahkan oleh lelaki berkenaan.

"Suspek kemudian terus meludah ke arah pengadu dan menarik kolar baju serta rantai emas milik mangsa sebelum melarikan diri.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang juga pemandu peribadi mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM3,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumahnya di sini, pada 9.45 malam.

"Dalam tangkapan itu, kami merampas satu set pakaian, satu topi keledar, dokumen resit pajak gadai, seutas rantai emas, alat kawalan jauh motosikal dan sebuah motosikal yang digunakan semasa kejadian.

"Siasatan dilakukan mendapati suspek menjual barang emas itu di sebuah kedai pajak di daerah ini dan membeli aksesori motosikal menggunakan wang berkenaan," katanya.

Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati suspek terbabit mempunyai satu rekod jenayah, manakala hasil ujian air kencing lelaki terbabit didapati negatif dadah.

"Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Ampang, hari ini, yang membenarkannya direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 April.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak atau samun," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-pemandu-peribadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056977 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list