CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2674|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sudah 18 kematian dilaporkan akibat makan ikan buntal

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode

IKAN buntal goreng yang dimakan mangsa di Kluang. FOTO ihsan Ng Ai Lee.

Kuala Lumpur: Sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal membabitkan 18 kematian dilaporkan sejak 1985 hingga Mac ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, larangan penjualan ikan buntal sudah ditetapkan dengan jelas di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972.

Selain itu katanya, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 turut menerangkan dengan jelas mengenai larangan penjualan makanan yang mengandungi atau di atasnya bahan beracun, berbahaya atau memudaratkan kesihatan.

"Oleh itu, ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya tidak dibenarkan dijual," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menghasilkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.

Sehubungan itu, katanya, KKM akan terus mendidik orang ramai mengenai keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.

"Tinjauan dijalankan FSQD KKM pada 2019 menunjukkan bahawa 86 peratus daripada responden yang terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai bahaya pengambilan ikan buntal," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang, Johor selepas makan ikan buntal.

Ikan buntal iaitu sejenis ikan yang juga disebut 'ikan fugu' tergolong dalam satu daripada jenis racun semula jadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia, dibeli menerusi Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau.

Racun yang dikenali sebagai Tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.

Racun ini didakwa lebih mematikan dibandingkan racun sianida (cyanide).

Memakan sekitar satu hingga dua miligram racun Tetrodotoksin sudah membuat nyawa melayang. Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun Tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal.

Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus agar daging ikan tidak tercemar dengan racun.

Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh restoran yang pakar memprosesnya saja.

Racun Tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan.

Jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-makan-ikan-buntal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.054588 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list