CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3371|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Gimik roti ‘pocong’ tarik pelanggan bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 30-3-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Yusri Baharin (kanan) bersama rakannya, Muhammad Firdaus Kamarudin, 37, menunjukkan roti ‘pocong’ jualan mereka di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN



SEREMBAN: Mahu tampil dengan kelainan, seorang penjual martabak di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini menjual satu menu makanan itu yang dinamakan sebagai roti ‘pocong’.

Mungkin namanya agak menakutkan, namun jelas Muhammad Yusri Baharin, 35, menu tersebut hanyalah roti bersama daging berempah yang disalut telur dadar dan dibakar pula dengan keju cheddar di atas roti.

“Saya hanya menjual martabak dan apabila berniaga di bazar Ramadan memang perlu bersaing dengan peniaga martabak lain, jadi saya mencipta satu kelainan.

“Alhamdulillah, dengan gimik ini lebih 800 keping doh roti terjual sehari termasuk pelbagai jenis martabak dan untuk roti ‘pocong’ ini sahaja, kira-kira 20 ke­ping dapat dijual sehari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu katanya, dia mempunyai sebuah restoran yang menjual makanan sarapan pagi yang terletak di Taipan 2, Senawang.

“Kebanyakan menu makanan sarapan pagi berasaskan roti canai sahaja malah menu roti ‘pocong’ ini juga dijual situ. Syukur pelanggan semakin ramai datang ke kedai kami,” katanya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Muhammad Yusri memberitahu, dia pernah membuka sebuah kedai makanan barat pada 2015 namun beralih arah selepas negara berhadapan dengan tempoh Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada 2010, selepas selesai belajar saya pernah terlibat dengan jualan langsung manakala 2013 saya mula berniaga di tepi jalan dan membuka restoran makanan barat pada 2015.

“Bagaimanapun selepas PKP, saya beralih arah membuka restoran berkonsepkan sarapan pagi kerana saya lihat ia agak kurang pesaing,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... ggan-bazar-ramadan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055955 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list