CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2599|Reply: 0

[Kelantan] Aliuddin dan Sherly Gutterrez berdepan hukuman mati

[Copy link]
Post time 30-3-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Seksyen di sini, hari ini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Lelaki tempatan dan wanita warga Filipina didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, 19 Mac lalu.

Tertuduh, Aliuddin Abdul Aziz, 24, dan Sherly Gutterrez, 46, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, mereka disyaki mengedar kanabis seberat 34 kilogram (kg).

Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, jam 6 petang, pada 19 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nurul Farehah Ramli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia.

Terdahulu, media melaporkan, polis merampas 34kg ganja bernilai RM85,000 pada operasi di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

Pada operasi jam 6 petang itu, seorang lelaki tempatan dan wanita warga Filipina ditahan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rdepan-hukuman-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.041896 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list