CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2731|Reply: 0

[Pahang] Buta sebelah mata, pekak tak halang ibu besarkan anak OKU

[Copy link]
Post time 30-3-2023 01:34 PM | Show all posts |Read mode

NORHAYATI dan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU), Ahmad Khairul yang tinggal di rumah usang, ketika ditemui di Kampung SC. FOTO Farizul Hafiz Awang

Kuantan: Kedaifan hidup memaksa dua beranak menyambut Ramadan dengan serba kekurangan selain mengharapkan ihsan orang ramai untuk menampung perbelanjaan harian.

Ibu tunggal, Norhayati Mustafa, 62, yang buta sebelah mata serta pekak sebelah telinga pada masa sama perlu menjaga anaknya, Ahmad Khairul Ahmad, 35, yang juga orang kurang upaya (OKU).

Norhayati berkata, dia tidak dapat bekerja disebabkan keadaan kesihatannya manakala Ahmad Khairul pula menganggur sejak kaki kanannya dipotong tiga tahun lalu.

Menceritakan mengenai kesihatan dirinya, Norhayati berkata, dia pernah terjatuh di tempat kerja pada 2014 sehingga perlu dibedah di bahagian kepala berikutan mengelami pendarahan dalam otak.

"Disebabkan itu juga saya mengalami serangan angin ahmar sebelah badan namun saya bersyukur kerana beransur pulih selepas membuat fisioterapi di rumah, namun mata kanan dan telinga kanan saya kini tidak berfungsi.

"Manakala anak pula, dia memang menghidap kencing manis sejak lahir lagi dan pada 2020, kaki kanannya luka serta dijangkiti kuman sehingga terpaksa dipotong.

"Dalam tempoh lima bulan, kaki kanannya itu terpaksa dipotong sebanyak lima kali sehingga separas bawah lutut dan syukur, jangkitan kuman tidak lagi merebak," katanya yang tinggal di rumah sewa yang agak daif di Kampung SC di sini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan di akaun Maybank 156012347585 atas nama Norhayati Mustafa.

Menurutnya, dia ada menerima bantuan zakat daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sebanyak RM200 sebulan tetapi wang itu digunakan untuk membayar sewa rumah.

"Anak saya baru sahaja mendapat kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada awal bulan ini dan kini sedang menunggu kelulusan permohonan bantuan bulanan," katanya.

Ditanya berkaitan persiapan Aidilfitri, Norhayati memberitahu, dia tidak membeli sebarang kelengkapan raya sejak beberapa tahun lalu tetapi hanya memakai baju raya yang disedekahkan kepada mereka.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-besarkan-anak-oku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037581 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list