CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6088|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jumlah kompaun Op Pantau naik kepada RM17,000 dalam tempoh 24 jam

[Copy link]
Post time 1-4-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh (tiga, kanan), beramah mesra bersama penduduk sempena Majlis Pelancaran Jualan Rahmah dan Majlis Iftar Bersempena Hari Pengguna Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Sebanyak 19,985 premis sudah diperiksa menerusi Op Pantau di beberapa bazar Ramadan di seluruh negara setakat hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) , Fuziah Salleh berkata, dari jumlah itu, 1,434 peniaga didapati melakukan kesalahan berkaitan harga mahal, alat timbang (214), dan bekalan (155).

Menurutnya, KPDN turut menerima 316 aduan awam berhubung pelbagai kesalahan membabitkan pengusaha premis bazar Ramadan di seluruh negara.

"Dari aduan itu 113 kes sudah dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM17,000 dengan negeri dengan kes tertinggi adalah Negeri Sembilan sebanyak 37, Johor (21), dan Pulau Pinang (17).

"Semalam saya umum jumlah kompaun RM9,400 dalam masa 24 jam naik ke RM17,000…ini kerana kita pantau setiap hari, kita nak pastikan harga terkawal dan rakyat mendapat hak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Jualan Rahmah dan Majlis Iftar Sempena Hari Pengguna Peringkat Wilayah Persekutuan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran dan Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin.

Fuziah berkata, sebanyak 15 pasar raya di 11 Parlimen sekitar ibu negara mengambil bahagian dalam program Jualan Rahmah yang akan diadakan setiap dua minggu bermula 25 Mac lalu.

Katanya, program Jualan Rahmah itu diadakan bermula 25 Mac lalu sehingga Aidilfitri ketujuh dengan diskaun dari 10 ke 30 peratus untuk barang keperluan asas.

"Kita juga memberi lima keping kupon bernilai RM5 setiap satu untuk lebih 2,000 isi rumah di PPR Batu Muda di mana mereka boleh tebus di 18 gerai menawarkan Menu Rahmah sempena majlis iftar di sini.

"Selain itu, sebanyak 1150 Bakul Rahmah turut disumbangkan oleh IGB Reit (Midvalley & Gardens) sebanyak 1000 unit, 99 Speedmart (70), KK Mart (50) dan Aeon Big (30) kepada penduduk PPR Batu Muda hari ini," katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata, pihaknya yakin lebih banyak syarikat pengeluar akan membabitkan diri di dalam program Payung Rahmah.

Katanya, usaha itu memakan sedikit masa berikutan memerlukan persetujuan banyak pihak di semua peringkat termasuk peruncit dan pemborong.

"Sebab kenapa mengambil masa sikit kerana pengeluar ini mereka ada struktur harga yang perlu diikuti. Sebab bila pengeluar nak hantar (produk) kepada peruncit mereka perlu ikut struktur harga itu.

"Jika pihak pengeluar membuat Jualan Rahmah, ia akan memberi kesan kepada peruncit dari segi keadaan stok, harga jualan dan margin keuntungan…jadi mereka (pengeluar) perlu lebih masa untuk proses libat urus," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dalam-tempoh-24-jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.194152 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list