CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6922|Reply: 0

[Kelantan] Perut percik laris di bulan Ramadan

[Copy link]
Post time 2-4-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode

MADIHAH sedang membakar perut percik yang dijual di di kedainya di Nilam Puri. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

Kota Bharu: Bukan saja kuih-muih menjadi daya tarikan ketika berpuasa, malah 'perut percik' turut

mendapat tumpuan orang ramai kerana keenakannya.

Kebiasaannya bahagian perut ayam dibuang namun tidak ramai yang mengetahui organ dalaman ternakan itu boleh dijadikan hidangan perut percik yang mendapat sambutan menggalakkan ketika Ramadan.

Peniaga ayam percik, Mohd Zaidi Deraman, 39, berkata ketika Ramadan, dia yang dibantu isteri, Madihah Hasan, 39, mampu menjual antara 80 hingga 100 cucuk perut percik sehari.

Katanya, bagi memenuhi permintaan pelanggan, dalam sehari sebanyak 40 kilogram (kg) perut ayam digunakan untuk membuat percik dan habis dijual dalam tempoh 30 minit.

"Bagi mengelakkan bau hanyir dan memastikan perut ayam bersih serta tidak berbau, saya perlu kikis bagi mengeluarkan kotoran yang ada selain turut merebusnya selama 10 minit.

"Perut ayam yang sudah dibersihkan dicucuk dengan padat pada pemanggang buluh dan dibakar selama lima minit sebelum disiram dengan kuah percik menggunakan resipi turun temurun daripada keluarga," katanya ketika ditemui di kedainya di Nilam Puri.

Mohd Zaidi berkata, rata-rata pelanggannya menyukai perut percik untuk dijadikan hidangan tambahan ketika berbuka puasa.

"Selain di sekitar daerah Kota Bharu, ada juga pelanggan dari Terengganu yang sanggup datang dari jauh hanya untuk membeli makanan perut percik," katanya.

Bapa kepada dua anak berusia 11 dan 12 tahun ini berkata, selain menjual perut percik, dia juga menjual percik bahagian ayam yang lain seperti sayap dan paha, kulit ayam, dan juga ikan percik.

Katanya, bagi menghasilkan kuah yang segar setiap hari sepanjang Ramadan, mereka akan mula memasak kuah selepas sahur.

"Sepanjang Ramadan, saya turut mengambil tiga pembantu kerana tidak menang tangan membakar dan melayan pelanggan yang datang membeli di kedai," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... is-di-bulan-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049252 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list