CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7125|Reply: 0

[Pahang] Rumah hadiah Aidilfitri paling bererti

[Copy link]
Post time 2-4-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode

Pekan: Aidilfitri kali ini begitu bermakna buat keluarga A Rahim A Jalil di Kampung Jalan Rompin Lama, di sini, apabila mendapat rumah baharu selepas menanti lebih sembilan tahun.

Selepas sekian lama mendiami rumah pusaka bersama lapan sekeluarga, sejarah manis tercatat dalam hidup warga emas berkenaan apabila rumah bantuan asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) diterima secara rasminya, Isnin lalu.

Menurut A Rahim, 70, dia amat bersyukur penantian untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan pada Ramadan ini dan ia dianggap hadiah Aidilfitri yang paling bererti buat dia sekeluarga.

Katanya, tanpa pendapatan tetap sebagai tukang urut tradisional dia turut menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM300 dan RM200 bauca belian barangan keperluan asas daripada MUIP.

"Sebagai ketua keluarga saya begitu terharu apabila permohonan mendapatkan bantuan rumah asnaf diluluskan oleh MUIP pada Oktober tahun ini, selepas itu proses membina rumah bermula September dan mengambil masa kira-kira sebulan untuk siapkan. Kelewatan penyambungan bekalan elektrik dan air paip menyebabkan rumah berkenaan lambat diserahkan.

"Saya sekeluarga akan berpindah ke rumah baharu secara berperingkat dan yang pasti Aidilfitri nanti disambut dalam suasana gembira di rumah baharu walaupun terletak kira-kira 30 meter daripada rumah lama," katanya, di sini semalam.



A Rahim (tengah) gembira mendapat rumah baharu bantuan MUIP di Kampung Jalan Rompin Lama. FOTO Mohd Rafi Mamat

Beliau berkata, rumah baharu yang diterima juga diharap akan menjadi penawar masalah paru-paru dan sakit dalam perut yang dialami sejak beberapa tahun lalu hingga menjejaskan kehidupan seharianya.

A Rahim berkata, dia hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada MUIP dan Ketua Kampung Permatang Pauh, Mohd Nasrul Hakim Mat Daud yang membantu sehingga impian memiliki rumah sendiri kini tercapai.

Sementara itu, Mohd Nasrul Hakim berkata, projek pembinaan rumah asnaf mengikut pelan MUIP menelan belanja RM65,000 yang dilengkapi tiga bilik tidur, ruang tamu dan satu bilik airyang lebih sempurna.

"Kita berharapkan ia akan memberi keselesaan kepada keluarga A Rahim dan dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

"Sebelum ini MUIP telah banyak membantu menyediakan rumah baharu dan membaiki rumah penduduk di Kampung Permatang Pauh yang terdiri daripada warga emas dan golongan asnaf," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ing-bererti-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037086 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list