|
Johor Bahru: Polis menahan lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) bisu dan pekak selepas disyaki mencederakan bekas majikannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Universiti di sini, pada 12.15 tengah malam tadi.
Katanya, sebelum itu, pihaknya dimaklum penemuan mangsa yang juga pemandu lori berusia 45 tahun yang berlumuran darah di Jalan Pertanian 26, Taman Universiti pada 10.56 malam.
"Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kerana cedera di tangan, muka dan telinga dipercayai terkena objek tajam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pakaian digunakan suspek ketika kejadian dirampas dan semakan kesalahan lampau menunjukkan lelaki itu ada tiga rekod membabitkan kes jenayah dan satu kes dadah.
"Siasatan awal mendapati motif kejadian kerana mangsa dikatakan tidak membayar gaji ketika suspek bekerja dengannya sebagai kelindan lori," katanya.
Menurutnya, suspek kini direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bayar-gaji-ditahan |
|