CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Terengganu] Anak sulung tak percaya bapa tiri bunuh ibu

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:28 AM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Daniel (kiri) dan adiknya, Mohammad Danish di perkarangan rumah mayat HSNZ. FOTO Zaid Salim

Kuala Terengganu: "Mak merajuk tak bagi saya pergi Melaka. Mak memang tidak pernah berpisah dengan anak-anaknya. Walaupun sudah berkahwin lain, kami enam beradik semua tinggal dengan mak," kata Mohamad Daniel Mohd Radzi, 18, anak sulung Rubiah Sabtu, 41, yang maut dibunuh suami di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, 8 pagi semalam.

Mohamad Daniel berkata, dia ke Melaka kerana membantu ibu saudara, Nur Fadzilah Aziz, 32, dan neneknya berniaga nasi dagang di Bazar Ramadan di Tangga Batu Perdana, Melaka.

Katanya, dia bertolak ke Melaka, tiga hari sebelum Ramadan, dan berjanji dengan arwah ibunya akan pulang seminggu sebelum Aidilfitri.

"Selepas memberitahu hasrat untuk ke rumah ibu saudara di Melaka, ibu beria-ia tidak membenarkan saya pergi, tetapi saya memujuk dengan alasan mahu cari duit bantu ibu dan adik-adik untuk persiapan hari raya dan berjanji akan pulang ke kampung seminggu sebelum Aidilfitri.

"Selepas itu, baru ibu benarkan saya pergi dan berkali-kali berpesan supaya saya menjaga diri sepanjang tinggal dengan ibu saudara dan nenek. Tak sangka pesanan ibu itu pesanan terakhir.

"Ibu tidak pernah berpisah dengan anak-anak. Terkejut, sedih dan tidak menyangka sepanjang ketiadaan saya, kejadian ini berlaku," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, malam tadi.

Turut berada di perkarangan rumah mayat, bapa Mohamad Daniel iaitu bekas suami arwah Rubiah, Mohd Radzi Aziz, 38, dan Nur Fadzilah serta beberapa adik-beradiknya yang lain.

Difahamkan, arwah memiliki enam anak hasil perkongsian hidup dengan Mohd Radzi dan pasangan itu berpisah kira-kira tiga tahun lalu sebelum arwah berkahwin baharu kira-kira setahun lalu dan dikurniakan seorang anak berusia tiga bulan.

Bedah siasat terhadap mayat Rubiah selesai tengah malam tadi dan jenazah akan dibawa ke masjid Bukit Besi, Dungun untuk disembahyangkan pagi ini, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi, kira-kira 11 pagi.

Mohamad Daniel berkata, dia mengetahui kejadian menimpa ibunya selepas diberitahu neneknya, Wan Zaini Wan Abdullah, 60, yang menerima panggilan daripada bapanya sebaik sahaja kejadian itu.

"Ketika itu, saya tidur. Selepas nenek beritahu ibu sudah meninggal (dunia), saya rasa macam tak percaya, lebih mengejutkan apabila kematian ibu sebab kena bunuh dengan ayah (tiri)," katanya.

Menurutnya, dia seolah tidak percaya kerana mendakwa sepanjang tinggal bersama bapa tiri, sikap lelaki itu dikatakan baik dengan ibu, namun tidak dinafikan sesekali ada berlaku pergaduhan.

"Tetapi tidak lama (bergaduh) dan hubungan mereka kembali baik. Kali ini, saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku sehingga ayah tergamak memukul ibu hingga mati kerana saya tidak ada di situ (rumah) ketika kejadian," katanya.

Katanya, dia difahamkan ketika kejadian, adik lelakinya, Mohammad Danish, 15, dan yang bongsu berusia tujuh tahun berada di sekolah, tiga lagi adik-adiknya dikatakan berada di rumah sepupu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bapa-tiri-bunuh-ibu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040141 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list