View: 225|Reply: 0
|
[Kelantan]
14 ditahan, mercun, bunga api RM115,679 dirampas
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Ghazali Kori.
Kota Bharu: Polis Kelantan menahan seramai 14 individu termasuk seorang wanita ditahan dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api dianggar bernilai RM115,679.
Mereka yang berusia antara 20 hingga 37 tahun itu ditahan dalam 15 operasi dijalankan pihak polis bermula 25 Mac hingga hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah tangkapan paling tinggi adalah di Pasir Mas iaitu seramai empat orang termasuk seorang wanita, diikuti Tanah Merah (tiga orang), masing-masing dua orang di Kota Bharu dan Machang serta masing-masing seorang di Tumpat dan Pasir Puteh.
Katanya, kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.
"Rampasan paling banyak adalah di Pasir Mas iaitu sebanyak RM60,738 menerusi lima kes, diikuti masing-masing dua kes di Kota Bharu (RM26,000), Machang (RM6,000) dan Pasir Puteh (RM941); Tanah Merah (RM12,000) sebanyak tiga kes serta Tumpat (RM10,000) satu kes.
"Saya ingin mengingatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak menawarkan apa-apa penjualan mercun secara terbuka tanpa mendapatkan permit daripada pihak polis terlebih dahulu.
"Bagi individu yang mempunyai permit menjual mercun perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Media semalam melaporkan, polis Kelantan menerima 85 permohonan permit menjual mercun dan bunga api daripada peniaga di negeri ini, sehingga semalam.
Daripada jumlah itu, sebagai 34 permit yang diluluskan, 48 dalam proses dan tiga lagi ditolak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-rm115679-dirampas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|