View: 314|Reply: 1
|
Pernah Putus Asa, Zul Zivilia Kembali Cipta Lagu Guna Studio Dalam Penjara
[Copy link]
|
|
Dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun kerana mengedar dadah, Zul Zivilia yang sudah empat tahun meringkuk di balik jeriji besi mengakui pernah berputus asa untuk terus berkarya dalam bidang muzik.
Kata vokalis kumpulan Indonesia itu, dia telah menjual semua peralatan muzik miliknya demi menampung kehidupan keluarganya.
TribunNews
Bagaimanapun semangatnya kembali bangkit mencipta dan merakamkan lagu baharu selepas mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk pihak pengurusan penjara di Rutan Salemba, Jakarta Pusat.
"Saya pernah rasa putus asa ketika semua alat muzik saya habis dijual bagi menampung perbelanjaan keluarga. Bagaimana saya hendak bermain muzik kalau sudah tiada peralatan?
"Meskipun saya sedang jalani hukuman tetapi keluarga tetap memerlukan saya apatah lagi keadaan ekonomi keluarga juga tidak stabil.
"Saya perlu bangkit dan kembali mencipta lagu kerana cara ini sahaja saya dapat membantu keluarga dan bukannya bersikap meminta-minta," katanya seperti dilaporkan Kompas.
Zul, 42, yang popular dengan lagu Ashiteru kini diberi kelonggaran oleh Polis Bahagian Dadah Kelas 2, Jawa Barat untuk merakamkan lagu dalam sebuah studio khas di sana.
Malah dia juga diberi kesempatan untuk tampil membuat persembahan bersama kumpulan Zivilia dalam satu acara baru-baru ini.
Zul ditahan pada Mac 2019 di sebuah rumah di Jakarta Utara atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu dan pil ekstasi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|