View: 208|Reply: 0
|
[Terengganu]
Empat kanak-kanak cedera terkena mercun diubahsuai
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Empat kanak-kanak berusia lapan hingga 13 tahun cedera selepas terkena letupan mercun yang dipercayai sudah diubahsuai, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian dikatakan berlaku di sebuah kampung di Kuala Nerus, jam 8.30 malam.
Katanya, seorang daripada mangsa masih menerima rawatan lanjut akibat kecederaan pada bahagian mata kanan manakala tiga lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
"Kejadian dikatakan berlaku ketika empat kanak-kanak terbabit bermain mercun di kawasan berhampiran rumah mereka.
"Ketika leka bermain, secara tiba-tiba seorang daripada mereka menyalakan mercun yang sudah diubahsuai menyebabkan letupan yang kuat.
"Ia menyebabkan semua kanak-kanak terbabit cedera pada tubuh badan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abdul Rahim berkata, laporan kejadian itu dibuat seorang lelaki berusia 25 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Katanya, polis menegaskan kepada orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa memantau dan mengawasi segala aktiviti anak di bawah umur ketika bermain bunga api dan mercun pada musim perayaan.
"Pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak juga adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya berlaku kemalangan kepada anak terbabit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-mercun-diubahsuai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|