CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Selangor] Dua beradik miliki kesan rotan, lebam selepas dihantar pada pengasuh

[Copy link]
Post time 8-4-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular kesan lebam dan luka membabitkan dua kanak-kanak yang dipercayai didera di Seri Kembangan, Serdang.


SERDANG – Dua kanak-kanak berusia tujuh dan empat tahun menderita dipercayai didera selepas dihantar kepada pengasuh yang juga kenalan ibunya di Seri Kembangan, di sini, sejak Mac tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya mengesan video tular berhubung kejadian tersebut berdurasi dua minit 58 saat di aplikasi TikTok, hari ini.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki yang juga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung kejadian itu di Balai Polis Klang, Selasa lalu.

“Lelaki tersebut yang mewakili ibu kepada kedua-dua mangsa mendapati pada awalnya, wanita mengambil anaknya dari pusat asuhan.

“Setelah menerima anaknya, dia mendapati kedua-dua mereka memiliki kesan lebam seluruh badan dan terdapat kesan dirotan.

“Sejurus kejadian, ibu mangsa dan rakannya telah pergi ke Hospital Klang bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anbalagan, kedua-dua mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada Selasa lalu dan dibenarkan keluar semalam.

Jelasnya, hasil siasatan awal pihak polis mendapati dua kanak-kanak tersebut telah dihantar oleh ibu mereka ke rumah pengasuh yang juga kenalan pada bulan Mac tahun lalu atas faktor kerja di Singapura.

“Tangkapan seorang perempuan tempatan berusia 24 tahun telah dibuat dan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, kelmarin.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor juga telah dimaklumkan dan turut memantau kes tersebut,” ujarnya.

Justeru itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang meminta sekiranya orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes jenayah kekerasan atau penderaan diminta segera tampil bantu siasatan. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... ntar-pada-pengasuh/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.047729 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list