View: 210|Reply: 0
|
[Kelantan]
Ketagih untuk mengemis
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Berpakaian lusuh serta membawa kanak-kanak antara modus operandi yang digunakan pengemis warga tempatan dan warga asing bagi meraih simpati masyarakat.
Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasaan dan Perundangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Mohamad Md Nor berkata, tindakan berkenaan adalah disebabkan mudah untuk mereka mengaut 'untung' cepat dan lumayan tanpa melakukan sebarang pekerjaan kecuali simpati daripada orang ramai.
Katanya, kebanyakan warga asing terutamanya dari Thailand sanggup menyewa rumah secara berkumpulan untuk mengemis di sekitar bandar Kota Bharu sepanjang Ramadan untuk mendapatkan wang zakat.
"Bagaimanapun, rata-rata memberi alasan mengemis adalah untuk kelangsungan hidup selain faktor kesihatan dan lama-kelamaan ia semakin sebati dengan diri sehingga menjadi tabiat dan akhirnya ketagih untuk terus mengemis.
"Namun ada juga segelintir pengemis yang ditemui mendakwa wang bantuan bulanan yang diperoleh daripada JKM tidak mencukupi dan memaksa mereka untuk mengemis," katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Pengemis di Pejabat JKM, di sini, hari ini.
Operasi berkenaan membabitkan pegawai dan anggota daripada JKM, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Sementara itu, Mohamad berkata, seramai 15 pengemis termasuk tujuh warga Thailand dan tiga kanak-kanak diselamatkan dalam operasi berkenaan.
"Kesemua mereka yang ditahan berusia di antara dua tahun sehingga 70-an.
Antara pengemis yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Pengemis di sekitar bandar Kota Bharu, di sini, hari ini. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
"Dua daripada lapan pengemis warga tempatan di hantar ke Rumah Seri Kenangan di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa dan selebihnya diserahkan kepada keluarga, manakala tujuh warga Thailand pula diserahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, pengemis yang ditahan perlu mengisi Borang Aku Janji supaya tidak mengulangi perkara sama bagi mengelakkan mereka ditahan oleh pihak penguat kuasa.
"Pada masa sama ada pengemis yang ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Orang-Orang Papa 1977 didapati berulang dan mereka tidak serik kerana kembali mengemis," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, dia merayu kepada masyarakat di luar sana supaya lebih berhati-hati dengan pengemis yang ditemui hanya untuk meraih simpati.
"Kadang-kadang ada di antara kita tertipu dengan lakonan mereka yang sebenarnya mempunyai kewangan yang mencukupi dan setakat ini 80 peratus pengemis yang ditahan adalah penerima bantuan JKM," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-mengemis-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|