CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Perak] Kerajaan Perak nafi aktiviti korek pasir punca gangguan bekalan air

[Copy link]
Post time 9-4-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN paip yang selesai dibaik pulih di LRA Teluk Kepayang, baru-baru ini. FOTO Arkib NSTP

Ipoh: Kerajaan Perak menafikan kejadian pergerakan tanah di muka sauk (intake) Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang di Bota yang mengakibatkan gangguan bekalan air di Manjung dan Perak Tengah sejak 31 Mac lalu, berpunca daripada aktiviti perlombongan pasir sungai di Sungai Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ia memandangkan tiada aktiviti mengorek pasir di persekitaran rumah pam Lembaga Air Perak (LAP) dekat Sungai Perak yang dapat menjejaskan sambungan paip air.

Sebaliknya, beliau berkata, pergerakan tanah di benteng sungai (Sungai Perak), mengakibatkan benteng sungai pecah seterusnya memberi tekanan kepada paip air yang tersembunyi sebalik benteng sungai.

"Kalau benar ada aktiviti menggali pasir, sudah tentu kita dapat kesan dan kenal pasti dari awal, sebaliknya insiden tanah rebak berkenaan berlaku tanpa diduga," katanya ketika ditemui pada program Meriah Beraya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter @stihwa yang dipercayai aktivis alam sekitar memuat naik ciapan mendakwa punca paip air mentah di LRA Teluk Kepayang pecah disebabkan aktiviti mengorek pasir di sepanjang Sungai Perak memandangkan arus sungai akan menarik pasir dari tempat lain untuk memulihkan kembali tempat pasir yang dikorek itu.

Media sebelum ini melaporkan bekalan air yang menjejaskan hampir 80,000 akaun pengguna di dua daerah terbabit sejak 31 Mac itu pulih sepenuhnya Khamis lalu selepas LRA Teluk Kepayang sudah beroperasi sepenuhnya.

Mohammad Nizar memberikan jaminan gangguan bekalan air tidak berulang terutama pada sambutan Aidilfitri ini selain sudah bersedia dengan langkah mitigasi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angguan-bekalan-air
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.040891 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list