CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Selangor] 5 penagih dadah curi motosikal ditahan

[Copy link]
Post time 10-4-2023 09:07 AM | Show all posts |Read mode

KOMPONEN motosikal curi yang dirampas polis selepas menahan lima lelaki terbabit kes curi kenderaan. FOTO Ihsan PDRM

Ampang Jaya: Lima penagih dadah yang mencuri sebuah motosikal di sebuah kondominium di Taman Bukit Pandan, di sini, ditahan polis semalam.

Kejadian kecurian motosikal Yamaha 135LC itu berlaku pada 1 April lalu apabila kenderaan yang ditinggalkan di parkir kondominium itu disedari hilang oleh pemiliknya pada 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bertindak atas maklumat kes curi motosikal itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas lima lelaki berusia antara 24 hingga 32 tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek Keramat, Kuala Lumpur semalam.

"Polis juga membuat rampasan beberapa barang kes yang disyaki terbabit dalam kes ini. Semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan awal air kencing dapati kelima-lima suspek positif dadah amphetamine.

"Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-motosikal-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.088279 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list