CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Kelantan] Rokok seludup hampir RM1 juta dirampas

[Copy link]
Post time 10-4-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

JKDM Negeri Kelantan, Wan Jamal Abdul memeriksa sebuah kereta yang membawa rokok seludup. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tumpat: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 900,040 batang rokok seludup pelbagai jenama berjumlah hampir RM1 juta termasuk cukai dalam tiga serbuan pada Selasa lalu.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai 'transporter' yang membawa bekalan rokok dari selatan tanah air turut ditahan untuk siasatan.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan pertama dibuat di tepi jalan di Kampung Gong Stopa, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu pada 10.30 malam.

"Sebuah kereta Perodua Bezza ditahan dengan muatan kira-kira 100 karton rokok seludup membabitkan 20,520 batang yang dimuatkan di tempat duduk penumpang belakang serta but belakang.

"Siasatan awal terhadap pemandu terbabit mendapati dia menerima upah RM15 untuk satu peti (100 karton)," katanya pada sidang media di pejabat Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, serbuan kemudian dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Dato', Pasir Puteh yang berjaya merampas 28,800 batang rokok seludup.

Katanya, serbuan ketiga pula dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Machang, Machang pada 11 malam dengan 850,720 batang rokok pelbagai jenama dirampas.

"Siasatan mendapati kedua-dua lokasi itu dijadikan transit penyimpanan rokok seludup sebelum diagihkan untuk pasaran tempatan.

"Modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk rokok itu menggunakan kenderaan penumpang dengan jumlah sedikit dan menyimpan di lokasi transit sebelum diedarkan," katanya.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 135(1) dan 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Mengulas mengenai kawalan sempadan sempena Ramadan ini, Wan Jamal Abdul Salam berkata, pihaknya menjalankan Op Makmur di negeri ini, Terengganu dan Pahang bermula awal Ramadan sehingga 16 April ini.

"Untuk Kelantan, kita sudah kenal pasti kawasan yang menjadi lokasi panas kegiatan penyeludupan, manakala di Tumpat sahaja, lebih 40 pangkalan haram aktif dikesan sebagai lokasi jenayah rentas sempadan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-rm1-juta-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.175460 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list