CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Pahang] 147 Orang Asli tuntut deklarasi hak milik tanah

[Copy link]
Post time 11-4-2023 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Temerloh: Seramai 147 Orang Asli dari suku kaum Semai memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, di sini, bagi menuntut deklarasi bahawa mereka adalah pemegang hak milik adat dan pemegang hak penggunaan tanah di Kampung Pos Lanai, Kuala Lipis, dekat sini.

Mereka menamakan kerajaan negeri Pahang selaku defendan pertama disusuli Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dan kerajaan Malaysia.

Plaintif yang diwakili peguam Harneshpal Singh Bhullar memfaikan saman itu pada Ogos 2021 dan kes dibicarakan kali pertama di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Mat Nor, hari ini.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif memohon deklarasi supaya kerajaan negeri Pahang diarahkan untuk mewartakan tanah seluas kira-kira 14,418 hektar yang terletak di Mukim Ulu Jelai dan Hutan Simpan Ulu Jelai sebagai kawasan Orang Asli atau rizab Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1954.

Plaintif juga memohon mahkamah mengeluarkan deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai hak untuk mengurangkan atau memusnahkan hak plaintif terhadap tanah itu atau melaksanakan aktiviti yang boleh menjejaskan tanah terbabit.

Dalam permohonan itu, plaintif mendakwa mereka adalah penduduk di tanah berkenaan, diwarisi daripada nenek moyang, yang digunakan untuk menyara kehidupan menerusi aktiviti seperti pertanian dan mengutip hasil hutan, selain mengekalkan hubungan tradisional dengan kawasan berkenaan.

Mereka mendakwa berlaku beberapa insiden pencerobohan terhadap tanah itu sejak 2013 antaranya cadangan pembinaan empangan hidroelektrik, pembalakan dan kajian cadangan perlombongan nadir bumi, yang didakwa plaintif akan menyebabkan kerosakan tanah dan kesulitan kepada mereka.

Pembinaan empangan itu, bagaimanapun dibatalkan pada Oktober 2018.

Sehubungan itu, plaintif turut menuntut deklarasi bahawa semua langkah atau peninggalan (omissions) defendan berhubung pembinaan empangan, kelulusan pembalakan dan kajian cadangan perlombongan terbabit adalah bertentangan undang-undang, tidak sah dan terbatal.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asi-hak-milik-tanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.035198 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list