CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

[Selangor] Bomba bantu keluar mayat ikut tingkap

[Copy link]
Post time 12-4-2023 08:48 AM | Show all posts |Read mode

BOMBA membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah mengembang menerusi tingkap di rumahnya di Seksyen 2, Petaling Jaya, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba

Petaling Jaya: Bomba membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah mengembang menerusi tingkap di rumahnya di Seksyen 2, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.39 malam tadi.

"Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun meninggal dunia di bilik rumah berkenaan dengan keadaan badannya sudah mengembang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bomba bertugas memotong tingkap bilik berkenaan bagi membawa keluar mayat lelaki terbabit yang tidak dapat dikeluarkan menerusi pintu bilik kerana terlalu sempit.

"Kami mengambil masa beberapa minit sebelum berjaya membawa keluar mayat lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Difahamkan, mayat lelaki berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mayat-ikut-tingkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035269 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list