CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 11

[Politik] Pemimpin PKR 'sekolahkan' Sanusi: PM tiada kuasa lantik Majlis Kewangan Negara

  [Copy link]
Post time 12-4-2023 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin PKR 'sekolahkan' Sanusi: PM tiada kuasa lantik Majlis Kewangan Negara
Diterbitkan:  Apr 11, 2023 8:00 PM



Perdana menteri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melantik sesiapa sahaja dalam Majlis Kewangan Negara selain daripada yang dicadangkan oleh sultan sesebuah negeri itu, kata Naib Pengerusi PKR Kedah Nor Azrina Surip.

Dia merujuk kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam yang mendakwa terdapat komplot untuk memecatnya sebagai wakil rakyat negeri dalam Majlis Kewangan Negara.

"Walhal di dalam Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Majlis Kewangan Negara perlu diketuai perdana menteri atau mana-mana menteri dilantik manakala setiap negeri diwakili individu diperkenan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri.

"Jelas menunjukkan tiada kuasa perdana menteri untuk menamakan orang lain selain individu yang diperkenan Sultan jika mengambil konteks dalam negeri Kedah,” kata Nor Azrina pada satu kenyataan hari ini.

Justeru, dia menggesa Sanusi supaya berhenti berbohong mengenai kerajaan persekutuan atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Nor Azrina mengingatkan Sanusi mengenai titah baginda Tuanku Sultan Kedah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14 pada Mac.

Katanya, baginda telah berpesan supaya mengelak berpolitik secara berlebihan dan sentiasa berusaha menjaga hubungan di antara satu sama lain khususnya antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Jelas menunjukkan harapan yang tinggi agar mengekalkan profesionalisme demi rakyat Kedah," katanya.



Sultan Kedah juga, kata Nor Azrina menekankan bahawa negara, negeri dan rakyat memerlukan kestabilan politik untuk memperoleh manfaat melalui pembangunan projek ekonomi dan program kesejahteraan rakyat yang dirancang.

"Namun, Sanusi telah berulang kali membangkitkan isu yang boleh menyebabkan pergeseran antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan seperti mendakwa bulan lalu bahawa beliau telah dihalang daripada acara persekutuan.

"Saya yakin Yang Amat Berhomat Menteri Besar amat memahami bahawa Islam mengajar umatnya agar sentiasa berlaku jujur dalam apa jua perbuatan termasuklah pertuturan.

"Memetik pandangan Imam Al-Nawawi Rahimahullah, dalam Syarah Sahih Muslim, Al Nawawi bohong ini didefinisikan sebagai - mengkhabarkan sesuatu berbeza dengan keadaan sebenarnya, sama ada dengan sengaja atau tidak dan sama ada perkhabaran itu akan perkara yang telah berlaku atau akan datang.”

"Dari pandangan di atas jelas menunjukkan bahawa pembohongan seperti itu tidak wajar dilakukan meskipun bertujuan berjenaka untuk menarik perhatian atau sokongan orang," kata Nor Azrina lagi.

Sanusi semalam mendakwa terdapat komplot untuk memecatnya sebagai wakil negeri dalam Majlis Kewangan Negara.

Sanusi berkata gerakan itu cuba menggantikannya dengan Setiausaha Kerajaan Kedah Norizan Khazali.

Dia bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti dakwaannya.

Dia juga sebelum ini mendakwa disekat hadir majlis kerajaan persekutuan termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (Lima 2023) bulan depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena lagi… koyak??
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi lagik

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
MB yg paling tak cool. Level Pokcik Bawang! Negeri2 lain steady je.. yg ko??

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hohoho..Nusibat kantoii lagi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila lebai jd pemimpin…. Nak harap ada kredibiliti.. professionalism mmg x lah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 05:52 PM | Show all posts
Hm. Apa cerita lagi dia ni, banyak sangat la tanda-tanda tak bagus pasal kepimpinan dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I rase he hebat. Sbb serangan pada dia non stop. Maklumla almost full kerusi parlimen dapat ke PAS Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 17-4-2023 05:57 PM
I rase he hebat. Sbb serangan pada dia non stop. Maklumla almost full kerusi parlimen dapat ke PAS K ...

Kedah tggu masa jd pntai timur 2.0 je
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 10:45 AM | Show all posts
Adoi. pe cite lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 01:00 AM | Show all posts
8 prtfolio weyyy


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059437 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list