View: 249|Reply: 0
|
[Selangor]
Masjid di Bangsar jemput doktor Sikh beri ceramah berhenti merokok
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/1104nstSikh01_1681264356.jpg)
Tular video doktor Sikh menyampaikan ceramah berhenti merokok di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. - Foto video Twitter
KUALA LUMPUR: Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar menjemput seorang doktor berketurunan Sikh untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu mengenai berhenti merokok pada Jumaat lalu.
Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @saifyakhtar dengan klip video yang menunjukkan doktor dengan memakai serban merah menyampaikan syarahan kepada jemaah di masjid itu.
"Topik kuliah di masjid bukanlah sesuatu yang luar biasa dan selalunya bersandarkan kepada nilai agama. Ceramah oleh doktor Sikh ini mengingatkan saya kepada zaman kegemilangan Islam, di mana masjid juga dijadikan sebagai istana ilmu.
"Saya menggalakkan lebih banyak masjid melakukan perkara ini dengan menjemput lebih ramai pakar tanpa mengira agama mereka.
"Inilah cara kita boleh menarik orang ramai ke masjid sebagai tempat ibadat dan menuntut ilmu," kata pengguna Twitter yang dipetik laporan NST, semalam.
Video itu menjadi tular dengan 16,700 tontonan dan terus bertambah.
Netizen memuji usaha masjid itu mendidik jemaahnya dengan menjemput seorang bukan Islam menyampaikan ceramahnya di situ.
"Hebat!!!! Kudos to both of them! Contoh yang baik untuk diikuti oleh semua masjid lain! Tq for sharing !," kata pengguna Twitter @zymasri.
https://www.bharian.com.my/berit ... ah-berhenti-merokok |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|