CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Selangor] Polis tunggu pemilik PNV1414 tampil

[Copy link]
Post time 12-4-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode


LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Kuala Selangor: Polis sudah mengenal pasti penunggang motosikal berkuasa tinggi yang merakam aksi berbahaya seorang daripada mereka di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata hasil penelitian polis terhadap video aksi itu mengesan salah satu nombor pendaftaran motosikal yang menyertai kumpulan terbabit iaitu PNV 1414.

"Polis berjaya mengesan pemilik motosikal terbabit menerusi hasil semakan aplikasi MySikap.

"Untuk itu, kita menunggu individu terbabit hadir ke balai polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Ramli berkata, polis juga sedang mengesan satu lagi kumpulan motosikal yang melakukan aksi sama.

Semalam, media melaporkan polis menerima dua rakaman video berhubung dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkuasa tinggi melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya LATAR.

Antaranya ia memaparkan sebuah motosikal ditunggang dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi 'wheelie'.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilik-pnv1414-tampil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list