Namun, di sebalik keterujaan peminat melihat video penghasilan resipi yang berasal dari Jawa dan terkenal di Johor itu, ada juga yang tidak berpuas hati tentang cara penyediaan dilakukan Khairul.
Menerusi ciapan di Twitter, netizen mendakwa resipi disediakan Khairul itu bukanlah lontong kuah lodeh sebaliknya nasi impit dengan kuah lodeh.
Difahamkan, tiada penggunaan lontong dalam resipi tersebut dan individu itu turut meminta Khairul lebih menghormati tradisi orang zaman dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu berkenaan, namun ada juga yang tidak bersependapat kerana di sesetengah tempat di Malaysia memang menggunakan nasi impit dan menganggap kuah yang dihasilkan itu sebagai lontong kuah lodeh.
Sumber: BeautifulNara