CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Kalau ada kaki palsu baharu, jalan pun tidak senget lagi'

[Copy link]
Post time 13-4-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

Noor Iskandar Izzuddin Abu Mansor (kanan) memerlukan kaki palsu yang baru kerana telah meningkat dewasa dan kaki palsu yang lama adalah untuk kanak-kanak. FOTO AMIRUDIN SAHIB

Kuala Lumpur: "Kalau ada kaki palsu baharu nanti, saya boleh berjalan dengan lebih baik dan sudah tidak senget. Memudahkan saya pergi sekolah juga," kata Noor Iskandar Izzuddin Abu Mansor.

Noor Iskandar Izzuddin, 13, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Gadong, Klang itu kudung kaki kiri sehingga paras lutut selepas terbabit kemalangan pada 2018.

"Saya menggunakan kaki palsu termasuk pergi ke sekolah. Yang lama sudah tidak boleh digunakan dengan baik, nanti kalau berjalan (dengan kaki palsu baharu) tidak senget," katanya yang juga anak bongsu daripada enam beradik itu.

Remaja itu memerlukan kaki palsu baharu yang lebih sesuai mengikut usia dan ketinggian berkos RM10,384.

Kaki palsu lama yang digunakannya ketika ini sudah berusia lima tahun dan ia untuk kanak-kanak, selain bahagian tapaknya juga sudah rosak.

Sementara itu, kakaknya, Nur Arifah, 28, berkata, adik kesayangannya itu kehilangan kaki kiri selepas terbabit kemalangan apabila kakinya termasuk ke dalam tayar motosikal ketika berusia lapan tahun.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika Noor Iskandar Izzuddin dalam perjalanan ke kedai bersama jiran mereka, menyebabkan kakinya hampir putus dan usaha untuk menyambungnya juga gagal.

"Ini kerana ketinggian adik sudah tidak sesuai untuk kaki itu menyebabkan pergerakannya tidak seimbang selain tapaknya juga sudah rosak. Adik menggunakan kaki palsu setiap hari dan sebab itu dia sangat memerlukannya (yang baharu)," katanya.

Menurut Nur Arifah, kelangsungan hidup mereka sekeluarga bergantung padanya yang berkerja sebagai kerani dan ibu mereka yang juga ibu tunggal hasil berniaga makanan di hadapan rumah.

"Saya berharap adik dapat kaki palsu baharu yang lebih selesa kerana saya sedih juga melihat dia yang sukar berjalan dengan kaki palsu lama.

"Pihak sekolah prihatin dengan keadaan adik, kelas adik di letakkan di tingkat bawah cuma kalau mahu ke makmal atau pusat sumber dia perlu ke tingkat atas.

"Itu yang buat saya risau kalau jadi apa-apa, malah doktor ada beritahu minta kurangkan penggunaan kaki itu tetapi mahu buat macam mana," katanya memberitahu adiknya suka bermain badminton.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dan sumbangan kepada tabung berkenaan layak mendapat pelepasan cukai.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 14010008842718 atau Maybank bernombor 514105323170 dan nyatakan nama pesakit pada bahagian rujukan penerima atau butiran pembayaran lain.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-tidak-senget-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.182637 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list