View: 224|Reply: 0
|
[Melaka]
Kena penjara 5 tahun kerana laku amang seksual terhadap anak saudara
[Copy link]
|
|
Melaka: Perbuatan jijik seorang lelaki yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya ketika menumpang di rumah keluarga mangsa, berbalas apabila dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.
Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh dan mensabitkannya dengan pertuduhan serta menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan bagi pemberatan hukuman
Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 28 tahun dan bekerja kampung itu didapati melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dari belakang, memegang kemaluan dan payudara seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
Mengikut fakta, pengadu adalah ibu kandung mangsa dan mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh adiknya.
Pengadu kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup rumah yang menunjukkan tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Solok Bukit Bayan, Bukit Katil dekat sini, pada 9 April 2023 jam 1.26 tengah hari dan 2 petang.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman setimpal dan sebatan dikenakan mengambil kira mangsa adalah kanak-kanak.
Beliau turut memohon tertuduh diperintah menjalani kaunseling pemulihan selepas tamat hukuman mengikut peruntukan Seksyen 26(1), Kanun Tatacara Jenayah dan diletakkan di bawah pengawasan polis tidak kurang setahun mengikut Seksyen 27(1), kanun sama berkaitan pesalah seksual terhadap kanak-kanak.
Tertuduh yang bekerja sendiri dan tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman pemenjaraan.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 10 April lalu serta membenarkan syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0414rsjijik_1681462564.jpg)
Tertuduh didakwa atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuan minggu lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nak-saudara-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|