View: 223|Reply: 0
|
[Johor]
Aznah hidup sebatang kara dalam pondok usang yang dibadai ribut
[Copy link]
|
|
Pegawai Majlis Agama Islam Johor menyantuni Aznah yang mendiami pondok usang di Kampung Bakar Batu, Sungai Danga, malam tadi.
JOHOR BAHRU: "Bukan tidak mahu membaik pulih rumah kakak, namun kami juga keluarga susah dan masing-masing sudah berumur," kata pengawal keselamatan, Wahid Yusof, 51.
Wahid mengakui, kakaknya, Aznah Yusop, 65, tinggal dalam pondok usang dekat Kampung Bakar Batu di Sungai Danga di sini, sejak kediaman keluarganya rosak akibat ribut di perkampungan sama sebelum ini
Beliau berkata, kakaknya tinggal sebatang kara selepas kematian suami pada 2015 dan sepanjang perkahwinan mereka juga tidak dikurniakan cahaya mata.
Katanya, mengambil kira faktor keselamatan, dia dan adik memujuk kakak mereka untuk bermalam di rumah mereka mulai waktu petang hingga pagi.
"Kami pernah memujuknya untuk tinggal secara tetap di rumah keluarga kami di bandar raya ini, namun kakak tidak mahu berpindah kerana dia tetap mahu tinggal di perkampungan berkenaan pada waktu siang.
"Dia mencari rezeki dengan mengutip botol plastik di sekitar kampung secara berjalan kaki, walaupun turut menghidapi masalah jantung dan darah tinggi.
"Walaupun kami sanggup menyara, dia tetap mahu berdikari dan menyatakan tidak mahu menimbulkan kesulitan kepada adik-beradik," katanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu, berkata kakaknya adalah anak kedua daripada lapan beradik adalah seorang yang rajin bekerja sejak berusia muda.
Menurutnya, hasil menjual botol plastik, dia menerima wang antara RM5 hingga RM10 setiap hari.
Katanya, setakat ini kakaknya tidak pernah memohon bantuan daripada mana-mana agensi berkaitan.
"Sebagai adik, saya kerap menasihatinya supaya berhati-hati ketika berjalan mencari botol plastik kerana dia mudah pitam dan juga tidak kuat seperti dulu.
"Malah sehingga kini tiada sebarang persiapan sambutan Aidilfitri bagi dirinya mahupun keluarga kami.
"Harapan kami adalah Ramadan ini membawa sinar baharu bagi kakak dan kehidupannya lebih baik," katanya ketika dihubungi.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Aznah menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya di 012004100006402 atau hubungi 011-27790097.
Sementara itu, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menerusi perkongsian di Facebook menyatakan akan segera berbincang dengan agensi berkaitan untuk menempatkan warga emas berkenaan di kediaman yang lain.
Menurutnya, wanita berkenaan yang tinggal di dalam pondok selepas rumahnya roboh dipukul ribut turut menumpang di rumah jiran.
"Kami menyampaikan wang tunai untuk kegunaan dan keperluan," katanya.
MAIJ dalam dalam kemas kini hari ini, berkata warga emas tu sudah dipindahkan ke kediaman transit untuk urusan bantuan selanjutnya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -yang-dibadai-ribut |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|