Dah search tapi belum ada topik ni lagi kat sini. Ingat nak share video documentary pasal buku-buku lama di Timbuktu, Mali. Aku tengok docu ni tahun lepas kot tapi tak de lagi kat youtube masa tu.
Inilah baru aku tahu yang Timbuktu yang tempatnya sangat jauh di pedalaman rupanya beratus-ratus tahun dulu sangat prosper dan merupakan tempat peradaban di Afrika yang terkenal selepas kejatuhan empayar Andalus. Katanya kota Timbuktu ni sangat besar dan padat dengan penduduk seluas dan sebesar kota london. Ada berpuluh2 ribu manuskrip yang disimpan oleh orang perseorangan kat sini. Semuanya ditulis dalam abad ke 16 atau 17 mencakupi segala bidang, agama, sains, perubatan, astronomi, sejarah Afrika dsb. Semua ditulis dalam tulisan Arab dan menggunakan bahasa Arab dan Afrika. Mereka sembunyikan manuskrip2 dari penjajah jadi bahan sejarah ni masih tersimpan sampai sekarang walaupun ada yang dah dimakan anai2.
Mereka sorok buku2 ni sebab tak nak penjajah, dari Morocco sampai ler ke France, ambik sejarah bertulis mereka dan mereka berjaya. Kalau ler orang Melayu zaman dulu buat macam ni gak, tak de la manuskrip kita di bawak lari penjajah ke London. Sekarang ni Sejarah Melayu yang ori pun kita tak de semua kat library london huhuhu.
Kerajaan Mali sekarang dalam usaha nak kumpul balik dan baik pulih manuskrip2 lama ni.
yang aku baca.. sorry la aku punya memori ni rendah .. tak berapa ingat nyway, apa yang aku baca, manuskrip melayu cuba diambil oleh portugis, utk tambah koleksi di uni Leiden tapi kapal yang bawa tenggelam dekat dengan goa so banyak manuskrip kita hilang di situ. Tapi ada juga orang dispute kata Goa yang dimaksudkan bukan di Goa India tapi dekat dgn selat melaka. Lokasi sebenar tak tahu.
Kalau senang ko tengok la docu tu, very inspiring. Mereka sanggup tanam dalam rumah sebab tak nak penjajah ambil manuskrip2 mereka. Dan Timbuktu ni dekat dengan Djenne, yang terkenal dengan masjid yang dibuat dari tanah liat.
Lepas France jajah dan keluar dari situ, orang Barat payah nak masuk balik sebab keadaan tempat yang sangat pedalaman. Tu yang orang Barat bengang dan start cliche mengatakan Timbuktu ni jauh sangat, bangsanya barbaric. (From here to Timbuktu)
yang aku baca.. sorry la aku punya memori ni rendah .. tak berapa ingat nyway, apa yang aku baca, manuskrip melayu cuba diambil oleh portugis, utk tambah koleksi di uni Leiden tapi kapal yang bawa tenggelam dekat dengan goa so banyak manuskrip kita hilang di situ. Tapi ada juga orang dispute kata Goa yang dimaksudkan bukan di Goa India tapi dekat dgn selat melaka. Lokasi sebenar tak tahu.
pembetulan lagi :
portuguese = tiada kaitan dengan univeristy of leyden.. that's Dutch.. bukan portugeuse
AND.. university leiden tak wujud mase tu.. but 60 years after flor de la mar tenggelam
and that shipping is meant for portuguese royal courts's library. bukan university leyden
ok my mistake. nanti aku check balikbtw topik pun pasal manuskrips/buku di timbuktu dan usaha untuk preserve dan translate buku2 ni oleh anak2 bangsa Afrika tu sendiri. Bangga aku tengok usaha dorang
tu laa.. dorang ni jahat. Bila x dpt nak menjajah mulalah dorang buruk2kan tempat tu. Pedalaman sangat, tak bertamaddun. Makan orang etc. Pengaruh dorang kuat sangat sampai kita pun terikut2 menakut2kan orang. Padahal tempat tu asalnya sangat prosper, siap ada universiti lagi. Ada 3 masjid (tak silap aku uni dekat dgn Timbuktu ni) salah satu kat Djenne yang diasaskan oleh seorang wanita. Zaman dulu kat Afrika ni, perempuan punya taraf yang tinggi.