View: 964|Reply: 24
|
Buka Tudung Dan Baju Depan Orang Ramai Di Kelab Komedi, Siti Nuramira Didenda RM8000
[Copy link]
|
|
Wanita kontroversi Siti Nuramira Abdullah didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas videonya tular membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi tahun lalu.
Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu selepas Siti Nuramira, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang disabitkan ke atasnya hari ini.
Ini kerana pihak pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi (Siti Nuramira) yang dihantar pada 16 Mac lepas.
Foto: Kosmo
Mahkamah turut memerintakan wanita itu menjalani penjara empat bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda berkenaan.
“Oleh itu, tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan dilapangkan,” kata hakim itu.
Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk sambung bicara bagi pemeriksaan balas oleh peguam terhadap saksi pendakwaan pertama Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa.
Mengikut pertuduhan pilihan baharu itu, Siti Nuramira didakwa telah dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan menyebut bahawa dia adalah seorang muslim yang menghafal 15 juzuk Al-Quran dan kemudiannya bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung sewaktu persembahan di atas pentas.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr. Ismail di sini pukul 6 petang pada 4 Jun 2022 mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Abdul Malik Ayob memohon supaya mahkamah mengambil kira bahawa tindakan tertuduh ini telah mendapat perhatian umum serta liputan meluas di negara ini selain hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh mengambarkan keseriusan perkara ini .
“Dalam kes ini tertuduh pada asalnya dituduh dibawah Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan dan ditawarkan dengan pertuduhan pilihan dibawah Seksyen 298 hari ini. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama, demi menjaga keharmonian negara tiada sesiapa wajar membuat perkara melukakan perasaan penganut agama dan mengganggu mana-mana agama,” kata Abdul Malik.
Bagaimanapun peguam R.Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan terhadap anak guamnya serta wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Pengakuan bersalah tertuduh hari ini telah menjimatkan masa dan kos mahkamah dengan itu melayakkan tertuduh mendapat diskaun hukuman dan selepas beliau dituduh di mahkamah dia tidak pernah melakukan persembahan komedi atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan kesalahan sebelum ini, beliau juga tiada akaun media sosial selepas kejadian itu serta menyepikan diri serta tidak mengundang sebarang kontroversi lain.
“Kes ini telah menjadi satu topik perbualaan hangat sewaktu ditular pada tahun lepas. Ini menyebabkan perubahan drastik dalam gaya hidup tertuduh dari segi keperibadian, kesihatan mental dan hubungan sosialnya dan pengalaman beliau ditangkap polis dan ditahan reman di lokap serta dipenjara lebih kurang 10 hari juga telah memandai sebagai pengajaran kepada tertuduh.Tertuduh telah menyesal dan memohon maaf atas perbuatannya itu,” kata peguam itu.
Sebelum ini, pada tahun lalu tular satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya beragama Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran, bertindak menanggalkan baju kurung dan tudungnya sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kau nak masuk nerako kau masuklah seorg seorg jangan libatkan org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak sslut dengan keberanian kau sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak nak taip salut sis, salut. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh...nie pun nama Mira juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Agama Islam dipersendakan oleh org Islam sendiri. Yahudi nasrani tgk je.. |
|
|
|
|
|
|
|
"kihkihkih...saiya kasi terbalik itu malaysia bendera...dia worang 'minta wang bayar' rm3800 saja...saiya abangla love malaysia"-Abangla. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols kan yang mengaku pasang 7 bf serentak tu? Muka awam begini pun ada hati nak tanggal baju depan orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pintu taubat masih terbuka luas |
|
|
|
|
|
|
|
Cth Melayu liberalisme.
How their parents brings up her. |
|
|
|
|
|
|
|
Kajadian berlaku di zman PN...imegin kalu minah ni buat lawak skrg??..alamat lunyai lah pmx kena kecam ngn walaun/tit |
|
|
|
|
|
|
|
semoga diberi hidayah dan berjumpa suami yang bimbing dia ke jalan yang benar
|
|
|
|
|
|
|
|
Wajah dan tingkahlaku seiring buruk |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 17-4-2023 03:07 PM
Kajadian berlaku di zman PN...imegin kalu minah ni buat lawak skrg??..alamat lunyai lah pmx kena kec ...
kata2 berdasarkan andaian semata... |
|
|
|
|
|
|
|
habislah ada rekod jenayah, sampai mati melekat rekod tu. esok lusa nak migrate ke Australia tak boleh dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 17-4-2023 03:27 PM
kata2 berdasarkan andaian semata...
Andaian semata kata nko??..kes pelawak siam baru ni poster je baru kluar,artisnya blom smpai lagi pmx dah kena kecam |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja: Sheols kan yang mengaku pasang ...
Tak berbaloi masuk neraka.org masuk neraka kat dunia kaya raya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak join rizal gi umrah ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 17-4-2023 03:27 PM
kata2 berdasarkan andaian semata...
Kalau mengikut trend yang ada, memang betul akan berlaku jika kejadian tersebut berlaku time kerajaan memerintah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|