CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Sudah lapan tahun kami derita guna air kotor setiap kali perayaan'

[Copy link]
Post time 18-4-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Halijah menunjukkan air keruh yang ditadah di kedainya di FELDA Lok Heng Selatan. NSTP/OMAR AHMAD

KOTA TINGGI: Penduduk di gugusan FELDA Lok Heng dan gugusan FELDA Waha di sini, terpaksa menanggung kesusahan ketiadaan air bersih hampir setiap kali musim perayaan dan cuti panjang.

Peniaga Halijah Haron, 45, berkata masalah itu berlarutan hingga lapan tahun dan kali ini bermula minggu lalu apabila kualiti air bersih yang diterima pengguna semakin teruk, kotor dan berkarat.

Beliau berkata, air yang keluar daripada paip bukan saja berwarna kuning, malah menjadi kehitaman sejak seminggu lalu.

Susulan itu, katanya, mereka tidak menggunakan air itu untuk memasak kerana terlalu kotor seakan air kopi.

"Isu air kotor ini sudah berlarutan hampir lapan tahun. Hujung Ramadan pasti air yang keluar kotor dan pada hari raya pertama, kedua serta ketiga pula, bekalan air biasanya terputus.

"Ketika air tiada itu, rumah kami ramai ahli keluarga tetapi bekalan air akan pulih selepas raya keempat apabila semua anak-anak sudah balik ke bandar.

"Masalah ini bukan saja terjadi ketika musim perayaan, malah setiap kali cuti panjang. Ia mungkin disebabkan penggunaan air tinggi dan loji tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

"Kami pula berkongsi bekalan air dengan gugusan FELDA Waha," katanya ketika ditemui di FELDA Lok Heng Selatan di sini, semalam.

Gugusan FELDA Lok Heng mengandungi tiga penempatan iaitu FELDA Lok Heng Barat, FELDA Lok Heng Timur dan FELDA Lok Heng Selatan.

Bagi gugusan FELDA Waha pula merangkumi FELDA Bukit Waha, FELDA Simpang Waha dan Bukit Ester.

Halijah berkata, air kotor itu juga tidak boleh digunakan untuk mandi kerana boleh menyebabkan badan menjadi gatal.

Sementara itu, pesara, Mustafa Sulaiman, 73, berkata sejak menetap di sini pada awal 90-an, masalah air tidak berlaku, tetapi kerap terjadi sekarang disebabkan tekanan air rendah, selain pertambahan penduduk.

"Masalah air kotor dan terputus bekalan berlaku setiap tahun sama ada ketika raya atau musim cuti panjang.

"Ini mungkin disebabkan tekanan air rendah dan penggunaan terlalu banyak ketika raya serta musim cuti membabitkan kira-kira 20,000 pengguna," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... etiap-kali-perayaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.182043 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list