CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Selangor] 'Tak sampai hati nak kenakan bayaran mahal'

[Copy link]
Post time 19-4-2023 10:16 AM | Show all posts |Read mode

SHUKUR (tengah) bersama kakitangan. FOTO Hazreen Mohamad

Seri Kembangan: "Ada yang datang sampai bawa duit syiling, jadi itu buat saya tak sampai hati nak kenakan bayaran mahal kepada mereka," kata pemilik pusat gimnasium, Shukur Othman.

Minat mendorong Shukur, 43, yang juga seorang jurutera membuka pusat gimnasium diberi nama The Hypertrophy Gym sejak lapan tahun lalu dengan niat memberi peluang kepada semua golongan melakukan aktiviti kecergasan pada harga berpatutan.

Menyedari ada golongan muda seawal di bangku sekolah sudah cenderung dalam aktiviti kecergasan, Shukur tawarkan harga serendah RM5 buat mereka.

"Saya buka pusat gimnasium ini berbekalkan duit simpanan. Awal dulu okay namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan gimnasium terpaksa ditutup dan kini kembali beroperasi seperti biasa.

"Melihat keadaan semasa, saya nampak ramai anak muda berminat ke gimnasium tapi tak semua mampu, jadi saya fikir apa salahnya beri harga istimewa untuk mereka.

"Sekurang-kurangnya harga rendah itu dapat beri semangat buat mereka untuk datang selalu dan pendedahan kepada amalan gaya hidup sihat," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Di samping menyediakan fasiliti untuk aktiviti kecergasan, Shukur berkata, pusat gimnasium itu turut mengendalikan proses rehabilitasi membabitkan atlet pasukan sukan tempatan.

Berbekalkan kepakaran dan peralatan yang ada, Shukur dengan bantuan jurulatih akan membantu atlet sehingga dapat pulih daripada kecederaan.

"Buat masa ini, ada atlet pasukan bola sepak dihantar ke sini untuk proses rehabilitasi.

"Pada masa sama, kita juga alukan kehadiran bukan atlet jika perlu jalani proses yang sama dengan tiada caj dikenakan kepada individu kurang berkemampuan.

"Inisiatif lain sedang diusahakan adalah program kesedaran kecerdasan yang mana kita cuba menjalin kerjasama dengan pasukan hoki dan bola sepak," katanya.

Berkongsi mengenai waktu operasi pada Ramadan, Shukur berkata, ia dilanjutkan sehingga jam 1 pagi.

"Kebiasaannya, gimnasium dibuka daripada jam 12 tengah hari hingga 10 atau 11 malam.

"Bagaimanapun, kita lanjutkan waktu operasi sepanjang Ramadan kerana mahu memberi laluan kepada ahli atau sesiapa yang datang secara terus (walk-in) menunaikan solat tarawih dulu sebelum ke sini.

"Lagipun, siang hari orang berpuasa dan bekerja jadi mereka tentunya lebih selesa datang pada sebelah malam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nakan-bayaran-mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036725 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list