CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Selangor] Warga emas cedera diragut

[Copy link]
Post time 19-4-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Gombak: Wanita warga emas cedera akibat tersembam di atas jalan selepas rantai lehernya ditarik peragut di Taman Sri Batu Caves, Batu Caves di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian 10.45 pagi kelmarin, wanita berusia 64 tahun itu sedang berjalan dengan suaminya di Jalan SBC 1 Taman Sri Batu Caves.

"Tiba-tiba datang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru merapati mereka dan cuba meragut rantai leher emas dipakai mangsa yang juga warga Singapura.

"Suspek bagaimanapun gagal mengambil rantai itu kerana ia putus dan jatuh atas jalan. Menyedari cubaannya gagal, suspek kemudian memecut laju bagi melarikan diri," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan video berdurasi 39 saat tular di media sosial yang memaparkan kejadian berkenaan.

"Mangsa terbabit mengalami kecederaan ringan di lutut dan tangan kanan. Usaha untuk mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Flidza Che Ibrahim di talian 0169537372 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 0361262222.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emas-cedera-diragut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055536 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list