CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

[Melaka] Bala samun pelancong Perancis

[Copy link]
Post time 20-4-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode

FADHIR Ismail dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana merompak pelancong wanita warga Perancis, 7 April lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Padah merompak pelancong asing, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, tadi.

Hakim Elesabet Paya Wan memutuskan hukuman itu selepas tertuduh Fadhir Ismail, 44, didapati bersalah berdasarkan fakta kes, eksibit, rayuan dan hujah pendakwaan.

Beliau memerintahkan hukuman penjara bermula tarikh tertuduh yang bekerja memotong rumput ditangkap pada 11 April lalu.

Tertuduh didakwa merompak pelancong wanita warga Perancis dikenali Mucke dan melarikan wang tunai RM400, beg jenama & Other Stories, pasport, kad kredit, kunci rumah, fon telinga dan buku nota milik mangsa di Limau Limau Cafe, No 9, Jalan Lekiu, di sini, pada 7 April lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu dan rakan sedang minum di kafe itu, mereka didatangi lelaki tidak dikenali yang melarikan beg tangannya hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM500.

Kawan pengadu mengejar suspek dan berlaku pergelutan antara mereka hingga dia cedera di tangan dan kaki.

Suspek berjaya melepaskan diri sebelum ditahan polis lima hari kemudian hasil pengecaman oleh mangsa dan orang awam.

Tertuduh berasal dari Bandar Indera Mahkota 1, Indera Mahkota, Pahang merayu hukuman ringan dan tidak dirotan kerana sudah berusia.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan kerana tindakan tertuduh merompak pelancong turut mencemarkan imej Melaka sebagai negeri pelancongan.

"Mangsa adalah pelancong wanita dari Perancis dan kejadian ini mencerminkan budaya tidak elok dan Melaka tidak selamat untuk dilawati.

"Biarpun tertuduh berumur 44 tahun, pohon hukuman setimpal dikenakan untuk memberi pengajaran kepadanya dan bakal pesalah supaya tidak mengikut jejak langkahnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pelancong-perancis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.078579 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list