View: 225|Reply: 0
|
[Johor]
Kru bot nelayan positif syabu ditahan
[Copy link]
|
|
SEORANG kru ditahan dalam operasi di sekitar perairan Mersing. FOTO Ihsan Maritim Malaysia.
Mersing: Seorang kru bot nelayan yang didapati positif dadah jenis syabu dalam satu operasi di sekitar perairan daerah ini 8.30 pagi semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, lelaki warga tempatan berusia 37 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan terhadap enam buah bot nelayan tempatan termasuk sebuah bot memancing ikan berserta kru.
Katanya, operasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Mersing itu bertujuan mencegah dan membasmi sebarang kegiatan jenayah terutamanya aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim setempat.
"Hasil pemeriksaan pasukan operasi dari kedua-dua agensi berjaya menahan lelaki warga tempatan selepas melalui ujian saringan air kencing sebelum diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.
"Operasi ini membabitkan sebuah bot ronda Maritim Malaysia Perkasa 31 dengan kekuatan seramai 12 anggota dari pegawai Zon Maritim Mersing serta pegawai dari AADK daerah Mersing.
"Maritim Malaysia akan terus melaksanakan operasi seperti ini bersama jabatan dan agensi penguatkuasaan yang lain dari semasa ke semasa dalam mencegah salah laku jenayah di zon maritim Malaysia khususnya di perairan Mersing," katanya dalam satu kenyataan.
"Beliau meminta orang ramai yang mempunyai aduan jenayah segera hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07219 9404.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sitif-syabu-ditahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|