CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita tak bayar hutang along, keluarga jadi sasaran

[Copy link]
Post time 20-4-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

LIM menunjukkan gambar isterinya yang dirawat di Hospital Sungai Buloh pada sidang media di Wisma MCA. FOTO Fathil Asri.

Kuala Lumpur: Seorang suami buntu dan tertekan berikutan diganggu konco along selepas isterinya gagal membayar pinjaman berjumlah RM116,700 daripada 52 ceti haram sejak awal tahun lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Lim, 32, mendakwa isteri berusia 30 tahun yang dipercayai mengalami masalah kemurungan membuat pinjaman itu tanpa pengetahuannya untuk membeli pelbagai barang.

Menurutnya, dia menjumpai sepucuk surat ditulis isterinya yang memohon maaf dan memintanya menjaga tiga anak mereka sebelum dia segera ke bilik isterinya itu, namun berkunci daripada dalam.

"Selepas panggilan tiada sahutan saya kemudiannya memecahkan pintu dan terkejut melihat beberapa ubat berselerakan di lantai serta isteri terbaring lemah di sofa sebelum membawanya ke hospital.

"Isteri ketika ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaan sudah agak stabil dan boleh bercakap sedikit," katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma MCA, di sini, hari ini yang dikendalikan Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong.

Mekanik itu berkata, dia kecewa dengan situasi itu dan kini keluarganya sering diganggu konco along yang mahu mengutip hutang dengan mengedarkan risalah tertera kad pengenalan isteri selain dia turut mendakwa diganggu hingga di tempat kerjanya.

"Saya tertekan kerana mereka juga selalu hubungi nombor telefon isteri, malah ibu bapa dan tiga anak serta dua adik yang tinggal serumah juga takut.

"Isteri memang banyak beli barang termasuk dalam talian. Saya bimbang dengan keselamatan keluarga dan berharap masalah ini dapat dibantu," katanya turut mendakwa sebelum ini isterinya juga pernah cuba menggantung diri.

Sementara itu, Michael berkata, isteri mangsa membuat pinjaman berjumlah RM67,200 untuk urusan peribadi sejak Januari lalu daripada 39 peminjam wang.

Menurutnya, manakala sebanyak RM49,500 lagi dipinjam menerusi 13 along yang mana ia pinjaman itu didakwa menyalahgunakan butiran suaminya.

Katannya, berdasarkan suaminya ini adalah kali ketiga wanita itu membuat pinjaman wang dan keluarga pernah membantunya menyelesaikan hutang sebanyak RM110,000 sejak 2 tahun lalu.

Pinjaman baharu itu hanya disedari suami mangsa pada 15 April lalu apabila mendapat tahu beberapa peminjam wang pergi ke rumahnya.

Mereka meletakkan kertas risalah yang menyuruh wanita yang berkerja sebagai pemandu mengambil budak sekolah itu membayar hutangnya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... luarga-jadi-sasaran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034271 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list