View: 149|Reply: 0
|
Mourinho puji aksi mengagumkan Dybala
[Copy link]
|
|
Mourinho puji aksi mengagumkan Dybala
DYBALA meraikan kejayaan meledakkan gol buat Roma. FOTO AFP
London: Jose Mourinho memuji Paulo Dybala selepas gol penyamaan lewat perlawanan membuka jalan untuk Roma melakarkan kemenangan dramatik mengatasi Feyenoord di suku akhir Liga Europa.
The Giallorossi menempah pertemuan dengan Bayer Leverkusen di separuh akhir, bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Feyenoord dengan agregat 4-2 di Stadio Olimpico.
Ketinggalan 1-0 pada perlawanan pertama, Roma berada di ambang penyingkiran selepas tandukan Igor Paixao membatalkan rembatan awal Leonardo Spinazzola.
Namun Dybala yang dimasukkan sebagai pemain gantian kerana kecederaan minggu lalu, menyamakan kedudukan dengan penyudah mengagumkan pada masa tambahan.
Ia adalah gol ke-16 bekas penyerang Juventus itu musim ini dan keempat dalam Liga Europa – dengan Marcus Rashford, Victor Boniface (kedua-duanya enam) dan Santiago Gimenez (lima).
"Saya merasakan dia sedang mencari kegembiraan, dia kehilangan keyakinan sebelum ini," kata Mourinho.
"Dia menemuinya di sini. Dia menemui jurulatih yang memahaminya, orang ramai yang menyayanginya dan ruang di atas padang untuk menjadi pemimpin dengan kualiti dan keperibadiannya.
"Dybala seorang budak yang baik. Dia mempunyai kualiti untuk bermain bersama kelab terbesar di dunia tetapi dia menemui kegembiraan di sini.
"Saya memberinya kebebasan mutlak untuk masuk malam ini dan dia boleh diturunkan walaupun dua minit kemudian jika dia tidak bersedia.
"Tetapi dia bermain 30 minit masa tambahan dan 25 minit biasa, dan dia menamatkan permainan dengan cemerlang."
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mengagumkan-dybala
|
|
|
|
|
|
|
| |
|