CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 0

Lampard akur ejekan penyokong

[Copy link]
Post time 27-4-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode

REAKSI berbeza pemain Chelsea dan Brentford selepas tamat perlawanan di Stamford Bridge.

London: Frank Lampard mengakui penyokong Chelsea yang marah berhak mengejek pasukannya selepas mereka tewas kali kelima berturut-turut susulan dimalukan 0-2 oleh Brentford awal pagi tadi.

Jaringan sendiri Cesar Azpilicueta dan rembatan lewat Bryan Mbeumo menambahkan lagi kekecewaan Lampard sejak menggantikan Graham Potter.

Chelsea gagal menjaringkan gol dalam enam daripada tujuh aksi terakhir dan kini menduduki tangga ke-11 carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mereka tidak menang dalam sebarang kejohanan sejak 11 Mac di Leicester, kemarau kemenangan yang berlanjutan lapan perlawanan.

Enam daripada lapan aksi itu di Stamford Bridge dan penyokong Chelsea mula hilang sabar selepas tewas kepada kelab tetangga London, Brentford yang secara tradisinya tiada masalah diatasi tetapi kali ini diatas mereka.

"Sudah tentu penyokong berasa bimbang. Jika anda penyokong Chelsea, anda sudah biasa dengan kejayaan 20 tahun dan anda mahu lebih lagi," kata Lampard.

"Saya tiada masalah dengan ejekan penyokong. Saya tidak duduk di sini untuk menentang penyokong dan berkata jangan ejek pemain."

Pengurus sementara Lampard hanya mengendalikan pasukan sehingga hujung musim ini dengan laporan mendakwa bekas bos Paris Saint Germain dan Tottenham Mauricio Pochettino calon pilihan dilantik pengurus baharu Blues.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ur-ejekan-penyokong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.039451 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list