CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

Matip wira Liverpool

[Copy link]
Post time 27-4-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

TANDUKAN Matip membolosi gawang West Ham.

London: Tandukan kencang Joel Matip membolehkan Liverpool menang 2-1 ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London awal pagi tadi sekali gus menghidupkan peluang bersaing di peringkat Eropah musim depan.

The Reds kini di tangga keenam dengan 53 mata, memintas Tottenham Hotspur menerusi perbezaan jaringan dan satu mata di belakang Aston Villa tetapi berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Pelawat mengasak pada awal permainan tetapi West Ham yang membuka tirai jaringan minit ke-12 menerusi rembatan Lucas Paqueta selepas bertukar hantaran dengan Michail Antonio.

Namun kedudukan itu hanya bertahan enam minit apabila penyerang Belanda Cody Gakpo menyamakan kedudukan dari jarak dekat.

Hammers bangkit lebih garang selepas rehat dan tidak bernasib baik apabila jaringan Jarrod Bowen dibatalkan susulan VAR mendapati dia terlebih dahulu ofsaid pada babak pertama.

Liverpool yang lebih menguasai perlawanan akhirnya mendapat gol kemenangan minit ke-67 selepas Matip menanduk kencang sepakan sudut Andy Robertson.

Pengurus Juergen Klopp gembira dengan prestasi dan keputusan perlawanan tetapi dia berkata, tiket Liga Juara-Juara Eropah masih jauh dalam genggaman mereka.

"Tidak, bukan dalam tangan kami, jadi mengapa saya perlu bercakap mengenainya?" katanya kepada BT Sport. "Kami hanya perlu meraih tiga mata sebanyak mungkin tetapi mereka berada dalam posisi lebih baik namun kami akan mencuba sehingga aksi terakhir."

West Ham yang sebelum ini memungut tujuh mata daripada tiga perlawanan jatuh satu tangga ke kedudukan ke-14, lima mata di depan Leicester City yang berada di tangga ke-18.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... atip-wira-liverpool
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.032982 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list