View: 205|Reply: 0
|
[Johor]
Empat lelaki mengaku bersalah lakukan kekerasan jenayah, cederakan polis
[Copy link]
|
|
Pontian: Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan menyebabkan kecederaan seorang anggota polis dekat Kulai, pada pagi 1 Syawal.
Khalid Khamis, 38, Mohamed Efendi Mohamed Said, 40, dan adiknya, Muhammad Fazli Mohamed Said, 24, didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Muhammad Hasrull Mohd Namiri dengan niat menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 7, Jalan Kulai menghala Kota Tinggi, dekat Kulai pada kira-kira 3 pagi, Sabtu lalu.
Sementara itu, Mohamad Haikal Karim, 23, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Hasrull dengan menggunakan tangan dan kaki, di lokasi dan waktu yang sama.
Khalid, Mohamed Efendi dan Muhammad Fazli dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Mohamad Haikal pula didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nur Azzuin Abdul Moati membenarkan Mohamad Haikal diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin manakala tiga yang lain - Khalid, Mohamed Efendi dan Muhammad Fazli, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 30 April ini di Mahkamah Majistret Kulai untuk hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurezzati Zaini manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yah-cederakan-polis |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|