CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bayi dilahir dalam pacuan empat roda digelar Mat Triton

[Copy link]
Post time 27-4-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode

BAYI kepada kepada Mohd Safiq digelar Mat Triton kerana dilahirkan di dalam kenderaan pacuan empat roda itu. FOTO ihsan pembaca

Rembau: Hasrat seorang lelaki untuk menyambut sendiri kelahiran anak keempat menjadi kenyataan apabila isterinya bersalin di dalam kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka ketika dalam perjalanan ke hospital.

Gara-gara insiden kira-kira jam 9.45 malam Isnin lalu itu, anak lelaki kepada Mohd Safiq Jamaluddin, 36 dan Nor Anis Mohd Arif, 37, itu digelar Mat Triton sempena nama model kenderaan berkenaan.

Menceritakan saat cemas itu, Mohd Safiq berkata, isteri mengadu sakit perut sejak pagi pada hari raya ketiga itu, namun enggan ke hospital kerana jangkaan kelahiran masih lambat.

"Isteri saya dijangka bersalin 8 Mei, jadi ada masa kira-kira dua minggu lagi. Sejak pagi, isteri mengadu sakit perut dan saya mencadangkan supaya ke hospital, namun dia tidak mahu.

"Sekitar jam 9.45 malam, kami ke Hospital Rembau dari rumah di Kampung Batu, di sini, dan jaraknya hanya kira-kira lapan kilometer (km) sahaja. Ketika dalam perjalanan, isteri memaklumkan bayi sudah keluar," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan jalan agak sesak mungkin disebabkan orang ramai keluar beraya menyebabkan masa perjalanan lebih lama walaupun jarak ke hospital hanya lapan km.

"Masa masuk kenderaan memang isteri duduk menghadap ke arah kerusi sambil memeluk penyandar. Ketika dalam perjalanan saya terdengar air ketuban keluar dan isteri beritahu bayi sudah keluar.

"Saya minta isteri bertahan sehingga sampai ke hospital. Kali ketiga isteri beritahu bayi sudah keluar, saya terus meraba di tempat duduk dan terasa seperti kepala bayi.

"Sambil meminta orang ramai memberi laluan, saya selak kain dan mendapati bayi sudah keluar di atas kerusi. Bayi kami terus menangis dan saya bergegas ke hospital kerana jaraknya sudah dekat.

"Sebaik tiba, pengawal keselamatan memberikan bantuan dengan menghubungi kakitangan hospital yang kemudian melakukan tugas mereka untuk menyelesaikan bayi terlebih dahulu," katanya.

Kakitangan kerajaan itu berkata, dia memang berhasrat untuk menyambut kelahiran anak keempat ini kerana tidak berkesempatan melakukannya terhadap tiga anak lain.

"Sebelum ini, saya pernah beritahu kawan mengenai hasrat saya ini, namun mereka mendakwa dengan SOP (prosedur operasi standard) hospital ketika ini, agak mustahil untuk menyambut anak sendiri.

"Namun, tidak disangka insiden ini berlaku dan saya berpeluang menyambut kelahiran bayi kami walaupun dia dilahirkan dalam keadaan yang agak mencemaskan. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semua selamat dan dipermudahkan.

"Beza umur anak keempat dan anak ketiga agak jauh, jadi ramai yang beritahu proses bersalin akan lebih lama dan sakit. Namun, ia dipermudahkan, malah lebih cepat dari tarikh sepatutnya'," katanya.

Jelasnya, disebabkan belum memberikan nama kepada bayi itu, anaknya digelar Mat Triton dalam kalangan ahli keluarga, malah kakitangan juga merujuknya dengan gelaran itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -digelar-mat-triton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058541 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list