CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 0

[Perak] Gerak hati bapa anak sudah tiada jadi kenyataan

[Copy link]
Post time 27-4-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode

JABATAN Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. - UTUSAN

  


IPOH: Gerak hati seorang bapa yang merasakan anak lelakinya telah tiada benar-benar menjadi kenyataan apabila mangsa ditemukan tidak bernyawa di dalam longkang berhampiran Taman Kerian Permai, Parit Buntar semalam.

Mayat Mohammad Arif Zakuan Mohd. Redzuan, 20, yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dijumpai ketika operasi pencarian dijalankan selepas dia dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu.

Bapa mangsa, Mohd. Redzuan Md. Hanafiah, 41, berkata, rasa tidak sedap hati mengenai keadaan anak sulung daripada enam beradik itu telah pun disuarakan kepada ibu mentuanya pagi semalam.

“Sebagai ibu bapa, sudah tentu saya mahu lihat anak saya selamat. Perkara yang buruk saya elakkan untuk berfikir, saya hanya mahu fikir yang baik-baik sahaja.

“Tapi pagi semalam, hati saya sudah terdetik perkara buruk, saya memang rasa anak sudah tiada. Saya beritahu ibu mentua hal itu dan tidak sangka pula gerak hati saya betul.

“Jadi, bila tengok anak (sudah tiada), hati rasa sangat kecewa kerana harapan saya musnah. Sebagai bapa, saya ‘okey’ lagi tapi ibunya sudah tentu sedih, tambahan pula dia turut sama mencari anak kami semalam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, kali terakhir dia melihat anaknya itu pada Isnin lalu sekitar 6 petang sebelum lelaki terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Telok, Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk beraya.

Katanya, kehilangan Mohammad Arif Zakuan itu hanya disedari selepas dia dimaklumkan oleh anak saudaranya keesokkan hari pada sebelah petang.

“Dia (Mohammad Arif Zakuan) keluar beraya dengan sepupu ke rumah rakan mereka di Taman Kerian Permai. Menurut anak saudara, ketika mahu pulang, anak saya tiba-tiba berlari dan meninggalkan motosikalnya.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi sebab dia tidak pernah berkeadaan begitu. Dia juga tidak menunjukkan perlakuan aneh sebelum kehilangannya,” katanya.

Tambah Mohd. Redzuan, dia dan keluarga reda dengan kejadian menimpa anak lelakinya itu, namun menyerahkan kepada pihak polis sekiranya kematian lelaki itu terdapat unsur jenayah.

Jenazah Mohammad Arif Zakuan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah.

Difahamkan, proses bedah siasat telah selesai dijalankan ke atas mayat mangsa dan punca kematian adalah ‘uncertain death’. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... ada-jadi-kenyataan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053460 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list